Bersiar siar ke Gunung Lambak, Kluang,Johor

Assalamualaikum..

Pada hari cuti yang lepas. Maq berkesempatan meluangkan masa ke Gunung Lambak. Salah satu kawasan yang sering dikunjungi pengunjung jauh dan dekat. Terutama orang Johor sendiri. Gunung ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Kluang. Batu Pahat ke Kluang ambil mata dalam 40 minit . Tu pun kalau jalan tak jem!

Disini terdapat juga taman tema air yang dibina khas untuk mandi manda . Kawasannya agak terhad namun masih lagi memberi keseronokan kepada kanak kanak untuk mandi dan bermain air.  Dengan harga bayaran masuk yang berpatutan , kawasan ini setiap hari berpengunjung.  Apakata , Jom jalan jalan dulu!


Kawasan mandi dipagar demi keselamatan pengunjung terutama kanak kanak.

Kami pilih untuk bersiar siar . Melihat keindahan alam semula jadi hutan diatas gunung itu. Masuk percuma!

Merentasi jeram jeram dengan menggunakan laluan yang disediakan. 

Sayang 1000 kali sayang. Jambatan gantungnya sudah tidak berfungsi lagi kerana terlalu uzur.

Jambatan hanya tergantung sepi. Doa apa dibaca Aida tu? 

Gadis ini pecinta alam semulajadi. Bersungguh suruh maq ambil gambar dia dalam hutan tu.

Baru separuh jalan dah ngaku letih. Haishhh..stamina awak kurang la.

Encik suami meninjau lokasi yang menyambungkan hutan dengan tempat mandi manda. 

Terdapat juga pelajar pelajar sekolah berkhemah disini. Kem motivasi kot. Huhu maq memandai, 😂. Tapi memang ada la, sungguh tak tipu!



Cuba tengok belakang Aida tu. Sekumpulan murid murid sedang berehat bersama cikgunya. Okey , ternyata maq tak bohong ye. 


Pendapat maq : maq taknak komen pasal tempat mandi tu sebab maq tak sempat nak masuk. Cuma sempat meninjau separuh dari kawasan gunung. Sejujurnya hutan dilereng gunung ini sangat menarik ,cuma pengawasan , penjagaan agak kurang berkualiti. Pihak perhutanan dan orang majlis pembandaran haruslah berusaha lebih dalam menaik tarafkan lagi kualiti alam semulajadi disini. Segeralah baik pulih jambatan gantung tu kerana ianya merupakan antara salah satu item yang menarik digunung Lambak.


Bila free maq nak naik lagi!

Peta kat belakang, maq terpaksa membongkok sebab nak bagi peluang signboard berselfie sama , 😅

Comments