Ustaz Pilihan

Assalamualaikum..

Salam malam Jumaat.  Bila buka instagram ,maq suka masuk instagram Ustaz Ebit Lew. Maq suka cara beliau berdakwah. Cara beliau tersendiri. Tak pernah salahkan orang yang beliau jumpa. Gelandangan ke , mak nyah ke , budak budak peleseran ke , mat rempit ke , semua orang yang beliau jumpa ,beliau akan kata :

"abang/adik , awak orang baik baik. Allah sayang abang / adik" ..

Maq dah boleh hafal skrip ustaz untuk ayat atas tu. Ustaz tak pernah kata perbuatan tersasar mereka tu salah tapi ustaz kata , awak orang baik baik , Allah sayang awak.. Allah hu , kadang maq menangis bila tonton video ustaz dan perkongsian perkongsian yang bukan diedit tu, semuanya adalah realiti.😭

Lagi sedih bila ustaz dan krew sanggup bersusah payah cari mereka yang kurang bernasib baik tu untuk diberi makan dan untuk berdakwah . Bila menonton video ustaz bersama anak anak yang terbiar , sumpah..maq menangisss... Lihat video anak anak yang masih muda tapi sudah jauh tersasar.  Allah permudahkanlah urusan ustaz Ebit dalam dakwahnya.

Beberapa hari sebelum ini ustaz diduga bila telinga sebelah kanan beliau tidak dapat mendengar seperti biasa.  Harapan kami , semuga ustaz cepat sembuh . Diluar sana termasuklah maqnie sendiri , masih lagi memerlukan bimbingan dan dakwah dari ustaz ustaz seperti ustaz Ebit.


Ya , semua manusia baik , nafsu yang buat kita jadi teruk. Bila nafsu menguasai hidup kita , besar kemungkinan kita takkan jadi orang . Nauzubillah himinzaliq...

 Bawah ni antara video ustaz Ebit berjumpa anak anak bawah umur yang tidur dimerata rata tempat. Ada yg dah lama tak balik rumah.😭 Ya Allah , berilah sebaik baik pelindungan buat mereka ini ...



Ustaz , semuga Allah beri kekuatan lebih lagi dalam usaha ustaz berdakwah. Maq suka ayat ni..


Kata kata dari seorang Ustaz pilihan..

Popular Posts