Skip to main content

Luruskan Niat





 LURUSKAN NIAT KITA DI PENTAS DUNIA

Bagi orang yang ' lurus niatnya'  .

Hidup adalah pentas dunia untuk membuktikan kehambaan dan penyerahan diri kepada Allah Taala.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah yang Maha Berkuasa.

Ucapan ini dibina sehingga bermakna untuk kehidupan seterusnya di Akhirat sana.

Kekalkan ' niat lurus'  begini hingga mekar dengan haruman damai dan bahagia di bawah naungan tawakkal dan berbaik sangka kepada Allah Taala.

Dudukkanlah hatimu bersama kehidupan dunia.
Hidupkanlah Qalbu mu bersama kehidupan di Akhirat sana.

Rasakan nyawa mu bersama Allah Yang Esa.
Maka tenanglah jiwa -  jiwa..

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..

Bagaimana kalau hari ini adalah hari terakhir bagi aku?

Assalamualaikum. Maq pernah terbaca pada satu kenyataan. Kalau nak tengok kebaikan sesaorang tu, lihatlah pada kehadiran orang lain pada hari terakhir beliau didunia. Maknanya jumlah tetamu yang datang ziarah pada hari kematian kita. Terpegun maq petang semalam bila tonton live sebuah page di facebook dimana pengkebumian awrah Abam Bocey berlangsung. SubhanAllah... Semua golongan manusia dari berbagai latar belakang hidup ada menemani jenazah dari pagi hinggalah ke proses pengkebumian selesai. Allahhuakhbar.. Allah bayar cash. Walaupun kesedihan itu ada tapi rasa syukur tetap memanjat minda. Anak yang baik terhadap keluarga terutama ibu, inilah balasan Allah untuknya. Allahhu.. Hati perempuan maq terus jadi sayu* Sejak kahwin, maq belum pernah berkesempatan jaga ibu abah. Sampai ke harini kami masih terpisah atas sebab komitmen masing masing. Maq masih tak mampu lagi nak hulur duit belanja ratusan ringgit kat mereka. Maq sendiri pun hidup ditanggung oleh suami. Pern...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena..