Kuih Sarang Lebah.
Pertama kali maq buat kuih ini. Dapat resepi dari facebook. Lama dah tersimpan dalam galeri fon. Ketika mood tengah rajin, maq pun trylah buat. Sedap ! Cuma pada tekak tua maq,resepi ni macam manis sangat! Tapi keknya memang lembut dan ianya resepi yang bagus untuk dikongsikan. Semuga tuan resepi tu dapat pahala jariah yang berpanjangan sebab perkongsian yang baik macamni. Bawah ti resepinya.
Tepung kek 1 cawan
Soda bikarbonat 2sudu teh
( gaul dan ayak)
Air panas 1cawan
Gula pasir 1cawan
Margerin 2sudu makan
( masak gula sampai cair dan perang,masukan air panas perlahan lahan ,masukkan margerin,dah sekata tutup api)
Telur 4biji
Susu pekat manis 1cawan
( blender )
Masukan tepung + soda yang sudah diayak tadi kedalam adunan telur yang telah diblender bersama susu , sikit demi sedikit. Kacau sebati. Kemudian masukan gula yang telah dicairkan tadi kedalam adunan tersebut. Panaskan oven 160-170' - masukan adunan kedalam loyang yang telah disapu margerin. Bakar selama 45minit. Tahap kepanasan oven kita berbeza. Maq nasihatkan selepas 30minit , jengah jengahlah kuih tu takut hangus . Guna api bawah.
Kalau anda jenis yang tak minat manis, boleh kurangkan sukatan susu pekat tadi. Maq guna ⅔ cawan pun dah manis melekat.Selamat mencuba ! |