Skip to main content

Hak sebagai pengguna

Assalamualaikum.

Memang dah rutin Ahad , setiap pagi seawal 8pagi ,maq dan encik suami akan ke Aeon big untuk beli keperluan dapur atau juga keperluan  harian rumah kami.

Dan setiap hari Ahad minggu kedua , Aeon big akan buat potongan harga (diskaun) pada barangan yang terpilih dan potongan 5%  lagi untuk pelanggan tetapnya yang mempunyai kad ahli.

Anda dah tukar kad keahlian yang baru ni? Maq dah tukar tapi belum aktifkan lagi. Katanya tunggu SMS tapi sampai sekarang apa pun takda info , jadi maq masih aktifkan kad yang lama tu.

Kad lama.

Kad baru.

Keistemewaan kad baru ni ,kita boleh gunakan dimana mana cawangan aeon,seperti ,


Dengan keistemewaannya ,




Okay ,tahniahlah untuk satu lagi kemudahan kepada pemegang kad ahli Aeon big . Untuk maklumat lanjut , anda boleh tanya sendiri di pusat khidmat pengguna di Aeon big kawasan anda.

Dan  entri kalini maq nak beritahu pasal perubahan pada Aeon big juga ( aeon big Batu Pahat ) .


-14 oktober 2018 ,maq ke Aeon big untuk beli ikan, sayur sayuran , sehelai seluar panjang dan sebiji panfry jenama tefal. Ketika maq ambil tiap barang tu , pastilah maq akan adjust ikut bajet  yang maq ada, kan? Takkan kita nak berbelanja diluar kemampuan pulak.

Okey,nak jadikan cerita ,maq pun bajet rm 100.00 untuk aktiviti beli barang kaliini. Ok , siap semua ,maq pun ke cashier. Harini cashier semua berbaju oren. Dan kebanyakkannya wanita ,bukan gadis gadis lepasan sekolah yang selalu maq jumpa tu. Okeylah ,abaikanlah mereka.

Ketika cashier scan harga. Tit ,tit , tit , sampai 8kali. Total kat mesin tunjuk rm 106.70 . Bila maq dah hulurkan duit rm 107.00 kat cashier , tetiba screen harga barang bertukar jadi rm 162.65 ! Halamak ! Maq tengok cashier tu , dia agak kalut tapi maq diamkan aja untuk lihat apa tindakkan beliau seterusnya.

Cashier - "akak bayar saya 162.65"
Maq - "eh ,bukan tadi total dia rm 106.70 ke?"

Cashier panggil kawan dia, lepastu kawan dia scan kad apa entah kat mesin cashier tu , dia kata,

"bayar rm162.65"

Maq tengok encik suami , encik suami tengok maq. Well..seperti biasa ,malas nak kecoh sebab ada ramai  lagi pelanggan lain kat belakang dah menunggu. Jadi terpaksalah korek duit selit selit. Haha biasalah orang perempuankan "duit selit selit"   ( duit selit selit celah purse la ,bukan celah lain ok.)

"ok, awak pulang kan semula duit rm 107.00 saya tu "- maq .

Dan selepas cashier pun pulangkan semula duit rm 107.00 , maq bagi dia rm 200. Done bayar rm 162.65!!

Done rm 162.65!

Apa jadi lepas tu ? Ah ! Maq masih tak puashati. Berdiri kejap kat tepi dan kira semula ,masani maq belum reti baca resit. So ,maq congak congak jek kira.

Seluar - 20
Pan - 60
Ikan  - 18
Total baru = 98!!
Takkan sayur sayur tu harganya lebih rm 60?beli sayur untuk 2-3hari je kot,bukan nak buat kenduri!

Maq ke cashier untuk dia kira semula tapi dia cakap ,

"puan pergi ke service center ya "

Okey , kami pun pergilah  ke tempat yang beliau maksudkan tadi .

Maq : dik ,tolong kirakan semula dik, makcik tak puashati dengan kiraan ini.

Pekerja kat situ pun kiralah item barang maq. Dia belek resit beli. Dia senyum.

Pekerja : cashier dah scan harga periuk puan sebanyak 2kali ! Semua barang hanya 8item tapi dia dah totalkan 9item. Puan isi borang ni dulu ya. Nanti saya akan pulangkan duit puan tadi.

Maq : Allah huakhbar.... Bahaya lah kalau macamni dik. Ramai pelanggan kena nanti. Makcik tengok dia buat kerja pun kalut semacam je. Suka suka dia suruh pelanggan bayar macamtu jek . Pekerja baru ke?

Pekerja :  bukanlah puan , diaorang tu orang atasan , kena kerja kat cashier  harini , untuk satu perubahan.

Encik suami : ha? Orang atas pun tak reti nak buat kerja macamni.  Saya dah selalu kena sebenarnya cashier scan barang 2 kali ni. Tak kesian ke kat pelanggan tetap sendiri?

Alamak , encik suami bersuara daaa...😅

Pekerja tu senyum jek sambil pulangkan duit maq yang berjumlah rm 56.05 itu. Weii duit maq tu oii..dapat sebiji lagi pan tefal ko tauuu..haha

Item yang sama ada 2kali .
Item 8 tapi dah jadi 9.
Kesilapan dikesan*

Cara baca resit belian di aeon big yang maq baru tahu. Harga selepas potongan berada dibawah nama item tu ,selepas tanda @ ,yang kat tepi sebelah kanan tu harga diskaun,harga sebelum potong diskaun, harga diskaun ahli. Tiga benda tu sangat mengelirukan.


Nota maq :

- check harga yang telah dibayar sebelum tinggalkan tempat pembayaran.

- kira item anda beli ,samakan dengan item diresit belian. Pastikan tidak tersilap

- tak perlu ambil gambar pekerja yang buat silap tu untuk kongsi maklumat kerana itu bukan jalan penyelesaian.

- settlekan tiap masalah dengan tenang ,kalau marah sekali pun , tarik nafas perlahan lahan dan lepaskan perlahan lahan jugak.

- duit.. Seposen pun duit orang. Itu bukan hak kita.

- service center kena senantiasa senyum dan kena banyakkan sabar kalau dapat cashier yang kalut semacam . Haha sebabnya selepas kes maq siap , berduyun duyun pelanggan lain datang ke service center tersebut. Alahai ,kesiannya dia.

- hak pembeli hak kita,jangan takut atau malu jika ada masalah.

- orang atas jangan perlekehkan pekerjaan orang bawahan. Anda pun boleh burukan nama syarikat anda ,walaupun anda bukan budak lepasan SPM.

- perubahan itu biarlah yang beri banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain juga. Barulah rare 👍

Pan yang dah beri maq  info

Comments

Popular posts from this blog

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Idea Kosong Bila Jerebu

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! walarhhh... Yeeeee betuuuuul.Idea betul betul kosong giler bulan ini.Semenjak Batu Pahat diserang jerebu,otak pun jadi tepu. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin sibok nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka.Moga lancar semuanya.Aamiin. Mungkin nanti kalau jerebu dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tabung haji tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum sambil pandang jerebu.

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walker

  Bismillah, Guys,bila jerebu semakin menjadi jadi dikawasan Batu Pahat dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya,maq sekali lagi buat keputusan untuk cuti brisk walk. Bulan lepas 15 hari kami tak keluar berjalan. Bulan ni tak pasti tapi minggu ni je baru sehari maq brisk walk. Solusinya ? Minggu ni kami berjalan je dalam rumah.Alhamdulillah ada treadmill mur mur tu,dapatlah keluar sesikit peluh manja dari dalam badan ni. Kaki ni pun dah gatal nak keluar rumah tapi apakan daya,hajat tak kesampaian. Kata encik suami level kami ni tak sesuai nak berjimba dalam jerebu,antibodi kami dah tak muda,hahaha.Maq ye kan saje.Beliau pun dah beberapa hari batuk.Tak kuat batuknya tapi ada. Mask muka pun dah jadi stok kami semula.Untuk kegunaan Aida kerja dan encik suami ke masjid dan ke pasar. Ditempat maq,jerebu ni kadang tu awalnya nampak clear je,matahari pagi pun elok je memancarkan cahaya tapi sedar sedar dah mendung.Rupanya jerebu datang ramai ramai memeriahkan ruang angkasa. Kalini macam...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Santai Di Pantai Perpat Hari Malaysia

  Bismillah, 16 September yang lepas kami ke Pantai Perpat sebab pada hari itu semua orang Malaysia cuti kecuali mereka yang berkerja keras dan terpaksa berkerja. Apa pun,mungkin sebab udara Batu Pahat masih berjerebu dan masih pada level tak sihat, semasa kami sampai dipantai itu pengunjung tak ramai seperti biasa.Sangat kurang tapi masih ada. Tujuan asal cuma nak melepak santai santai dan menikmati keindahan alam dan menghayati kehebatan ciptaan Allah swt. Santai santai jer. Agak agak apakah yang difikirkan oleh orang pakai topi tu ek? Pengawal peribadi emak dan ayah.Senyuman nya ada,senjatanya takda.Silatnya jauh sekali.So emak Ayah kot yang jadi pengawal peribadi dia ! 😂 Jadilah seperti kayu bakau.Dah mati pun masih boleh berdiri tegak .Ini peribahasa baharu.😂 Kerusi lipat ini memang akan setia menemani kami walau kemana kami pergi.Terima kasih kepada 'mereka' kerana berani kena duduk oleh Maqnie 🤣 Indah ,biarpun nampak seperti ego.Hahaha tetiber nak salahkan kayu yang d...

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

1Jun 2021-Niat yang baik baik

  Assalamualaikum, 1Jun - total lockdown 3.0. Biarpun terpaksa , kita kena redha. Arahan duduk dirumah bukan saja saja diberi oleh pihak kerajaan. Mereka yang tak reti duduk rumah pun turut sama kena akur. Malam tadi pun banyak maq jumpa ayat ni kat group whatsapp.Ayat yang di luahkan oleh netizen berkaitan Lockdown.Biasalah rakyat Malaysia kan kreatif.. sebenarnya niat kita kena betul supaya nanti , bila duduk rumah bukan je kita boleh rasa tenang tapi pahala pun dapat. Macamana niatnya? ye, niatkan semuanya kerana Allah ta'ala ..Inshaallah semua akan Allah permudahkan. So..lepasni jangan resah gelisah bila terpaksa duduk dirumah selama 14 hari . Walaupun MKN benarkan 2 orang boleh keluar dalam sebuah kereta ,jangan pulak kita ambil peluang tu konon nak hilangkan stress dengan jalan jalan makan angin dalam jarak 10km. Keluar untuk beli makanan dan perubatan jek ye.. Virus tu tak bergerak,yang bergerak tu kita.Kerajaan tak gagal,yang gagal tu cara kita kawal nafsu kita. Makanya fik...

Kelebihan hari Jumaat

Assalamualaikum. Bila tiba hari Jumaat , banyak yang boleh kita buat disepanjang malam dan siangnya. Bermula lepas masuk waktu maghrib , seperti mana yang sering kita lihat , selepas solat Maghrib , ramai ambil peluang baca surah yasin. Ada pun segelintir  berpendapat baca surah khafi pada sepanjang Jumaat ( tak kira malam atau siang ) adalah lebih afdal. Sedangkan baca surah yasin itu afdal dilakukan disetiap pagi disetiap hari. Bacaan yasin bukan cuma dimalam Jumaat sahaja.  Ada pun untuk hal sebegini adalah lebih baik kita rujuk kepada pakar. Dan penjelasan lanjut ada  Disini ❤  , semoga anda akan lebih paham pada permasalahan tersebut , inshaallah. Selain melakukan solat Jumaat yang wajib bagi setiap kaum lelaki yang dah baligh serta sihat  mental dan fizikal , ada juga  lagi yang disarankan elok dilakukan pada setiap hari Jumaat. Ianya ialah berselawat keatas nabi. Lihat gambar bawah ini. Hadis sohih - Peluang sudah ada didepan mata , 80 ka...