Skip to main content

Pastikan apa yang kita simpan.

Assalamualaikum.

Maq ada sedikit perkongsian dari group whatsapp.  Perkara ni perkara biasa bagi orang perempuan. Dengan itu sila ambil perhatian. Semoga semuanya jelas.


Keluarkan smua baju-baju yang bersusun dalam almari. Keluarkan pinggan mangkok yg sekadar hiasan.Astaghfirullah...😢

Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya.Katanya, Simpanan2 itu akan ada Hisabnya di hari kemudian.

Astaghfirullahal 'Azim...Aduuh..!!!
Misalnya simpanan telekung yang tak dipakai,baju-baju yang beli banyak tak di pakai. Simpanan yang lain... aduhhh....

Ada blaus cantik yang saya jahit tapi Tak pernah dipakai , ada kain yang di beli Tak pernah dipakai ,ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai. Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai.

Ada kasut sampai berdozen,Ada sandal selemari,ada beg tangan segudang,

Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana utk dipakai.ada gamis2 1 lemari,ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..

Ada Tupperware2 penuh almari yang hanya sebagai perhiasan.
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya...)

Yang kita pakai dan kita Sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab.Yang akan menyusahkan diri kita sendiri..!!!

Kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....lihat orang punya,ingin beli juga,walau Tak berguna bagi diri kita…,

Ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk-numpuk barang.Dan semua itu pasti akan di HisabNYA (perhitungan) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullahal 'Azim..
Astaghfirullahal 'Azim..

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah,
dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”

Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS. At- Taubah .Ayat 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS. Al-Baqarah . Ayat 195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.


Banyak dapat reminder hari ni pasal hisab😭

#copypaste

Gambar sebagai hiasan.


Comments

Popular posts from this blog

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Wish 27/11 dari GBGS

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat menaip lagi . Hampir 10hari pintu blog tutup . Tuan rumah sibok katanya hehe. 27.11.2017 - genaplah 24tahun maq dan encik suami menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih Allah. Meraikannya? Takda pun , hanya ucap syukur sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat disepanjang perjalanan 24tahun ini. Insha Allah , anak anak balik berkumpul nanti , ajak lah mereka sambut reramai. Tak janji , tapi hanya mampu merancang jek ni. Apa yang lagi buat maq terharu pada tarikh keramat tersebut. Kawan maq dari group whatsapp sekolah menengah dan sekolah rendah sudah pun berpusu pusu beri ucapan. Malah bukan je ucapan anniversery malah terselit jugak ucapan selamat hari lahir ,😂. Masa tu awal pagi kot , maq pun belum sempat jengah whatsapp tapi mereka dah meriah dah ! Allah hu terharu sangat sangat. Apa kata anda baca screenshoot yang maq dapat dari group tu. Nota maq : Bukan nak ...

Koktel Sumi Jelly mudah.

Assalammualaikum. Pernah makan  koktel sumi jelly? Apa tu? Haa sejenis dessert yang sangat mudah disediakan.  Dan rasanya pun sedap. Kanak kanak pasti sukakannya. Kalau nak buat open house ,menu ni sangat simple dan sedap! Bahannya: 2 tin susu cair . Nata de coco 1 mangkok. Maq guna perasa laici. Pudding mangga . Maq beli yang dah siap punya, yg ada dijual di kedai kedai biasa. Potong potong  bagi saiz kecil sikit. Sumi jelly 2 bungkus. Ini pun potong potong juga. Air gula. Ais. - caranya : campurkan semua bahan. Adjust kemanisan gula nya. Letak ais. Koktel sumi done ~ Puding mangga yang ada dipasaran. Sumi jelly dan susu cair. Abaikan susu krimer tu. Gambar dari google jek hehe. Nata de coco.  Kat bawah ni video ringkas koktel sumi jelly versi khairul Ameng . 🙊.. Selamat mencuba ... Pengesan sedap oleh beberapa orang tukang rasa  😂: Anak saudara. Anak menantu. Anak sendiri terus tanya resepi ! 😂 ...

Kenapa Pilih Amway?

Assalamualaikum.  Selepas  3 tahun jadi surirumah fulltime,  tetiba maq pilih perniagaan online sebagai usaha tambah pendapatan maq. Dan kenapa maq pilih produk  Amway  sebagai item untuk dijual? Bawah ni ada jawapannya. Tapi ini adalah apa yang "team kami" jelaskan, bukan penjelasan maq sorang ye.  MENGAPA SAYA MEMILIH AMWAY. Bagi mereka yang menolak Amway tanpa usul periksa, bagi mereka yang mengatakan Amway itu, Amway ini dan bagi mereka yang memberikan seribu satu alasan, sila baca apa yang ingin saya tuliskan di sini. Anda akan mendapat gambaran sepintas lalu apa yang ada dengan Amway!! Anda hebat sekiranya dapat menghabiskan tulisan saya ini. Jom kita terjah!! SYARIKAT Amway merupakan satu syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia yang telah bertapak sejak tahun 1959 melalui Pengasas Bersama Rich deVos dan Jay Van Andell. Amway mula membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 1976 dan sekarang telah bertahan di Malaysia lebih dari 40 tahun. Satu sy...

Mohamad Adam Muqri

  Assalamualaikum. Cucu kedua maq ,Mohamad Adam Muqri nama yang mama dan papa dia beri.  Alhamdulillah sekarangni Adam Muqri dah berusia sebulan lebih. Mereka anak beranak pun dah balik rumah sendiri setelah hampir sebulan lebih along berpantang dirumah maq.  Kini giliran anak menantu maq nak jaga along pulak.Lagi pun along dah tak kekok lagi nak melayan Ainul Mardhiah dengan baby Adam Muqri.Papanya pulak musim musim lockdown 3.3 ni masih kerja on off (oncall)  Semoga dipermudahkan semua urusan mereka sekeluarga.. Mohamad Adam Muqri. Lahir 6/6/2021 Berat masa lahir 3.7kg Lahir secara Czer. Gambar pertama Adam Muqri💕 Atas ⬆️ gambar kiriman mama sewaktu diward. Waktu ni ⬆️Adam Muqri dah berusia seminggu lebih. Baby baru balik dari Klinik Kesihatan sebab check kuning . Video pertama Adam Muqri💕 ⬆️ video waktu di ward. Video selepas bebas kuning dan dah masuk minggu ke 2⬇️ ⬇️video ketika masuk minggu ke 3 ⬇️ video Adam Muqri berusia sebulan.  Alhamdulillah.. Selam...

Poligami

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Hilman&Ustaz Jafri Abu Bakar) *MUNAKAHAT* *POLIGAMI* •••••••••••••••••• Ya Allah berikan kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg baik dan amalan yang diterima. Ada yg suka dan ada yg tak suka dgn tajuk ini. Tajuk ini sesuatu yg dibenarkan pada syarak. Poligami ialah perkahwinan yg banyak.  Poligami lawan kepada mologami (kahwin seorang) KAHWIN CERAI DAN KAHWIN CERAI ITU BUKAN POLIGAMI. Jika tak mampu cukup hanya berkahwin seorang supaya tak buat aniaya. POLIGAMI BUKAN TAK BAIK MALAHAN ADA POLIGAMI YG BAIK. Ada org yg pandang negatif poligami.Pada zaman jahiliah ada sahabat yg mempunyai 10 isteri dan ada yg 8 isteri. Islam datang dan menghadkan 4 isteri.Saidina Umar ada 9 isteri (berkahwin dan bercerai) Sahabat dan para Nabi juga mengamalkan poligami. Pengamalan poligami adala...