Skip to main content

Taska dirumah maq 2018

Assalamualaikum..

Masuk je tahun 2018 , maq Sudah buat satu syarat untuk Taska dirumah maq ini. Apa syaratnya ? Maq hanya ambil anak anak transit untuk diasuh.

Siapakah anak transit? Mungkin para pengasuh tahu istilah itu tapi bagi yang bukan pengasuh ,anak transit ialah anak asuhan yang hanya diurus aktivitinya untuk pergi dan balik dari sekolah.

Maknanya anak itu tidak tinggal lama dalam rumah pengasuh. Bagaimana kiraan bayarannya? Ya , agak kurang dari menguruskan bayi yang akan dijaga hampir 10-12jam sehari. Ini disebabkan pengasuh hanya uruskan makan minum dan persiapan anak itu untuk ke sekolah.

Di Johor ini , setiap murid muslim wajib pergi ke sekolah agama selepas pulang dari sekolah rendah. Dengan jarak masa yang suntuk ,mereka akan terkejar kejar masa. Bayangkan murid darjah 1,2,3 akan  sampai dirumah pada pukul 1.25 pm dan van akan ambil mereka kesekolah agama pula pada pukul 1.50pm! Bayangkan masa yang sangat singkat tu! Makan? Mandi? Tukar baju? Ya , semua berlangsung dalam masa yang sangat sangat terhad. Maka dalam situasi ni ,pengasuh haruslah beri kerjasama untuk memastikan pelajar itu tidak kena tinggal oleh van sekolah.

Kenapa maq nak jaga anak transit? Bukankah bayarannya lebih rendah?

Ya , setelah hampir lebih 20tahun maq fokus untuk bekerja keras dan memastikan bayaran lebih untuk usaha tersebut. Tapi untuk 2018 dan seterusnya ,target kerja maq bukan semata mata pada bayaran gaji tetapi pada satu aktiviti yang boleh mendidik anak bangsa dan anak muslim. InshaAllah..  Iaitu didikan untuk dia menjadi anak yg soleh dan solehah.

Aktiviti wajib bagi mereka.
Biarpun dalam masa yang terhad , solat adalah kewajipan mereka sebelum pergi kesekolah agama. Doakan semoga usaha maq kali ini berhasil. Kita perlukan duit untuk kehidupan didunia ,kita juga perlukan anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan kita diakhirat nanti. InshaAllah ..


Nota maq : ya Allah ya Tuhanku , Kau kurniakan bagi aku, anak cucu dan keturunanku yang tidak meninggalkan solat. Aamiin ya Robbal A'lamiin...

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Wish 27/11 dari GBGS

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dapat menaip lagi . Hampir 10hari pintu blog tutup . Tuan rumah sibok katanya hehe. 27.11.2017 - genaplah 24tahun maq dan encik suami menjadi pasangan suami isteri. Terima kasih Allah. Meraikannya? Takda pun , hanya ucap syukur sebab Allah dah bagi banyak sangat nikmat disepanjang perjalanan 24tahun ini. Insha Allah , anak anak balik berkumpul nanti , ajak lah mereka sambut reramai. Tak janji , tapi hanya mampu merancang jek ni. Apa yang lagi buat maq terharu pada tarikh keramat tersebut. Kawan maq dari group whatsapp sekolah menengah dan sekolah rendah sudah pun berpusu pusu beri ucapan. Malah bukan je ucapan anniversery malah terselit jugak ucapan selamat hari lahir ,😂. Masa tu awal pagi kot , maq pun belum sempat jengah whatsapp tapi mereka dah meriah dah ! Allah hu terharu sangat sangat. Apa kata anda baca screenshoot yang maq dapat dari group tu. Nota maq : Bukan nak ...

Kenapa Pilih Amway?

Assalamualaikum.  Selepas  3 tahun jadi surirumah fulltime,  tetiba maq pilih perniagaan online sebagai usaha tambah pendapatan maq. Dan kenapa maq pilih produk  Amway  sebagai item untuk dijual? Bawah ni ada jawapannya. Tapi ini adalah apa yang "team kami" jelaskan, bukan penjelasan maq sorang ye.  MENGAPA SAYA MEMILIH AMWAY. Bagi mereka yang menolak Amway tanpa usul periksa, bagi mereka yang mengatakan Amway itu, Amway ini dan bagi mereka yang memberikan seribu satu alasan, sila baca apa yang ingin saya tuliskan di sini. Anda akan mendapat gambaran sepintas lalu apa yang ada dengan Amway!! Anda hebat sekiranya dapat menghabiskan tulisan saya ini. Jom kita terjah!! SYARIKAT Amway merupakan satu syarikat jualan langsung yang terkemuka di dunia yang telah bertapak sejak tahun 1959 melalui Pengasas Bersama Rich deVos dan Jay Van Andell. Amway mula membuka pasaran di Malaysia sejak tahun 1976 dan sekarang telah bertahan di Malaysia lebih dari 40 tahun. Satu sy...

Mohamad Adam Muqri

  Assalamualaikum. Cucu kedua maq ,Mohamad Adam Muqri nama yang mama dan papa dia beri.  Alhamdulillah sekarangni Adam Muqri dah berusia sebulan lebih. Mereka anak beranak pun dah balik rumah sendiri setelah hampir sebulan lebih along berpantang dirumah maq.  Kini giliran anak menantu maq nak jaga along pulak.Lagi pun along dah tak kekok lagi nak melayan Ainul Mardhiah dengan baby Adam Muqri.Papanya pulak musim musim lockdown 3.3 ni masih kerja on off (oncall)  Semoga dipermudahkan semua urusan mereka sekeluarga.. Mohamad Adam Muqri. Lahir 6/6/2021 Berat masa lahir 3.7kg Lahir secara Czer. Gambar pertama Adam Muqri💕 Atas ⬆️ gambar kiriman mama sewaktu diward. Waktu ni ⬆️Adam Muqri dah berusia seminggu lebih. Baby baru balik dari Klinik Kesihatan sebab check kuning . Video pertama Adam Muqri💕 ⬆️ video waktu di ward. Video selepas bebas kuning dan dah masuk minggu ke 2⬇️ ⬇️video ketika masuk minggu ke 3 ⬇️ video Adam Muqri berusia sebulan.  Alhamdulillah.. Selam...

Poligami

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ TANYALAH USTAZ TV3 (Da'i Hilman&Ustaz Jafri Abu Bakar) *MUNAKAHAT* *POLIGAMI* •••••••••••••••••• Ya Allah berikan kami ilmu yg bermanfaat, rezeki yg baik dan amalan yang diterima. Ada yg suka dan ada yg tak suka dgn tajuk ini. Tajuk ini sesuatu yg dibenarkan pada syarak. Poligami ialah perkahwinan yg banyak.  Poligami lawan kepada mologami (kahwin seorang) KAHWIN CERAI DAN KAHWIN CERAI ITU BUKAN POLIGAMI. Jika tak mampu cukup hanya berkahwin seorang supaya tak buat aniaya. POLIGAMI BUKAN TAK BAIK MALAHAN ADA POLIGAMI YG BAIK. Ada org yg pandang negatif poligami.Pada zaman jahiliah ada sahabat yg mempunyai 10 isteri dan ada yg 8 isteri. Islam datang dan menghadkan 4 isteri.Saidina Umar ada 9 isteri (berkahwin dan bercerai) Sahabat dan para Nabi juga mengamalkan poligami. Pengamalan poligami adala...

Berehatlah sebelum direhatkan

Assalamualaikum. Maq dapat kata pesanan dari seorang bekas sahabat sekolah yang juga merupakan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kata : " kalau rakyat malas nak ambil kesedaran umum pasal virus Covid19 ni, tak mustahil Malaysia akan berada ditangga teratas dalam list pesakit wabak Covid19  " Beliau juga suruh kami ( kawan kawan sekolah)  jaga kesihatan sebab semakin hari keadaan semakin meruncing.  Semua asbab sikap orang ramai yang tak ambil peduli tentang bahaya Covid19 ini. Bila keadaan dah semakin buruk,  kesannya bersangkut paut dengan ramai orang dalam banyak sektor.Bukan je Kakitangan Kementerian Kesihatan yang letih dan tergugat,  tapi sektor perniagaan,  pendidikan,  urusan disemua tempat awam, semua  tempat ibadah, perhimpunan dan aktiviti  luar banyak yang sudah dibatalkan  dan paling membimbangkan risiko pada masyarakat keliling ialah " perintah berkurung" . Masa ni baru kita tahu langit tu t...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...