Skip to main content

Perlu ke tukar ?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah sehari lagi usia bertambah. Apa yang diharapkan , usia hari ini lebih baik dari usia semalam. Dan begitulah seterusnya. Makin baik dan baik dan baik sampailah nafas yang terakhir. Pesan seorang sahabat sekolah :


**Berkumpul dengan orang orang soleh akan menaikkan iman.

*Berkumpul dengan orang orang alim akan menambah ilmu pengetahuan.

*Berkumpul dengan orang orang miskin dan anak anak yatim akan melembutkan hati.


Ambillah manfaat dari setiap orang yg kita jumpai**


Terima kasih sahabat..InshaAllah.


Baru baru ni maq ada dapat koleksi baru untuk dipakai pada usia menjelang 49 tahun dan sempena menjelang bergelar nenek. 

Eh apakah bendanya  tu ? 


1- Lips colour balm .

Produk silkygirl yang warnanya agak kurang menyerlah bila disapu dibibir.

Sebelum ni maq guna warna yang agar terang untuk bibir usang ni. Adeh kena tukar ke ?
Hmm  ..can not go lah ! 😭

2- minyak angin aroma theraphy

Hello , korang fikir orang tua memang kena standby minyak angin kah?

Haha gurau kasar diaorang ni tau.

Mulanya maq tak biasa pakai tapi bila dah cuba ,bau dan "kehebatannya" memang boleh dibuat best friend forever kot hehehe automatik maq dah dapat new bff ! Mudah nak bawa kemana mana.
Sumbat jek dalam handbag , bau pun segar ! 


Tapi orang perempuan umur 49 tahun memang kena tukar penampilan ke? 

Maq rasa penampilan kalau sedap mata memandang ,ok dah kot , yang wajib ditukar ialah ilmu , iman dan amal.

3 benda tu yang kena upgrade kan bagi tambahkan lagi kualiti untuk dipersembahkan kepada Pencipta nanti. 


Apa yang diharapkan moga Allah perkenankan.

Alahai.. I kennotlah ..

Lipstik warna samar samar ni macam menjelaskan lagi penuaan diri yang beransur ansur tua.

" jenis makcik halia yang tak sedar diri lah tuu "


Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Siaga

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Usaha ,Doa & Tawakkal

  Bismillah, Ada orang kata ,kenapa nak takut dengan krisis ekonomi & isu global?Kenapa nak takut takda makanan,risau takda minyak? Kata mereka lagi, "Kitakan orang muslim,kita ada Allah untuk kita berserah pada Nya tentang masa depan.Tak payah kalut nak buat persiapan apa apa ,fokus amal ibadah je selagi boleh..." Ye betul lah tu.Tapi asasnya sekarang ,kalau cuma asik berzikir tapi anak anak kebuluran takda simpan stock makanan ,takda simpan stock air bersih,sanggup ke nak tengok keluarga sendiri kelaparan? Memang kita muslim.Rezeki kita telah diaturkan sejak azali lagi.Namun Nabi juga telah ajar kita ,jangan cepat berputus asa.Usaha ,doa dan tawakkal.So selagi sumber makanan tu masih dijual dan masih mampu dibeli dengan bajet yang kita ada,kenapa kita tidak berusaha membeli nya  siap siap? Bukan kena beli satu kontena pun tapi cukuplah beli mana termampu.Semua itu kita namakannya usaha.Kemudian teruskan berdoa supaya ekonomi global kembali pulih. Andai tak dapat nak pul...

Isu Semasa - 8 April 2026

  Bismillah, Pejabat Perdana Menteri Israel berkata bahawa cadangan gencatan senjata selama dua minggu tidak terpakai ke Lubnan, bercanggah dengan kenyataan awal Shehbaz Sharif, yang mengatakan Lubnan termasuk dalam perjanjian itu.    TERKINI IRAN MENANG & TRUMP MENYERAH KEPADA SEMUA TUNTUTAN ✅ Amerika berjanji untuk tidak melakukan pencerobohan ✅ Kawalan Selat Hormuz diberikan kepada Iran ✅ Iran dibenarkan memperkayakan uranium ✅ Semua sekatan utama dan sekunder ditarik balik ✅ Semua resolusi Majlis Keselamatan dan Lembaga Gabenor dihentikan ✅ Amerika membayar pampasan kepada Iran ✅ Pengunduran semua tentera tempur Amerika dari rantau tersebut ✅ Penghentian perang di semua medan, termasuk terhadap Hez. di Lubnan. Kita ?Tunggu & lihat  Sumber : Eco Preppers Malaysia ,telegram

Naluri seorang ayah

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah wasyukurillah. Petang ni nak kongsi sikit cerita anak anak maq dan ayahnya. Nak kongsi cerita orang lain mungkin mustahil sebab nanti katanya jaga tepi kain orang pulak,huhu. Bila Along update kat status facebooknya : Maq pun rasa , hmm ,insha Allah nanti belilah rojak buah tu semata mata untuk Along. Tapi mustahil ahad minggu ini sebab ayah dia baru balik rumah pagi ahad tu ,mana mungkin dia nak memandu ketempat yang kurang lebih 2jam dalam keadaan mengantuk. Dulu dulu satu jam lebih jek Batu Pahat ke Muar ,zaman sekarang tak lagi sebab jumlah kereta yang terlalu banyak diatas jalanraya mempengaruhi tempoh masa perjalanan.  Lagi pun biasanya lepas balik kerja shif malam ,Ayahnya akan tidur dulu. Tetapi.... Pagi Ahad yang lepas , encik suami dah bersuara untuk ke daerah Muar. "Waw ! Serius lah ?" " Ya , serius ,lepas solat zuhor kita gerak" Allah hu ,tak sangka naluri si ayah lebih peka sekarang ni. "tapi...

Terbawa hingga ke dalam mimpi

Assalamualaikum Harini Maq nak kongsikan satu kejadian yang tak pernah pernah berlaku dalam hidup. Semoga maq tabah. Anda pernah bermimpi? Siang malam mimpi ? Itu bukan mimpi tapi itu berangan...hehehe . Baru baru ni maq ada termimpi..ok diulang sekali lagi terrrrr mimpi. Kisahnya macam ni. Lokasi seperti disatu majlis jamuan makan makan gitu. Maq dan encik suami diundang barangkali. Kalau tak dijemput mustahil kami ada dalam majlis tu kan. Haram makan kalau tidak diundang. Walaupun dalam mimpi ? Yep ! Sepertinya waktu tu ramai kawan sekolah maq ada. So kami pun makanlah bersama sama ..Tiba tiba encik suami beralih ke meja dimana kawan kawan sekolah  lelaki maq berkumpul.  Wah , maq teruja sangat sebab encik suami boleh geng dengan mereka ! I like !!  Sedang seronok menjamu selera , tiba tiba seorang kawan perempuan menegur maq - " maq , suami kau tu , boleh pula join kawan kawan lelaki kita ya. Apa saja lah yang mereka sembangkan tu " " ala  , diaor...

Amalan Bulan Rejab

Bismillah,Alhamdulillah.. 1 Rejab 1446H tahun ini jatuh pada malam tahun baru masihi 1 Januari 2025. Berikut ini adalah antara amalan yang disarankan disepanjang bulan Rejab nanti. 🤍 Menghidupkan malam pertama di bulan rejab dengan melakukan amal soleh (Qiamullail, Membaca Quran, Istighfar) 🤍 Memperbanyak istighfar di dalamnya setiap hari sekurang-kurangnya 70× selepas Subuh dan Isyak  Memperbanyak doa: أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان Rumi : Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban wa balighna Ramadhana. Maksudnya: Ya Allah, berkahilah umur kami di bulan Rajab dan Syaban, serta sampaikanlah (umur) kami hingga ke bulan Ramadhan. 💚 Bersungguh-sungguh dalam bertaubat kepada Allah S.W.T 💚 Bertanya khabar keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat 💚 Bersedekah setiap hari walau sedikit tetapi istiqomah 💚 Berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari di awal di tengah dan di akhirnya Rejab 💚 Dianjurkan menyembelih kambing bagi sesiapa yang mampu dan m...

Tips Tanam Pokok Kesum

  Bismillah ,Alhamdulillah. TIPS TANAM DAUN KESUM 1.Daun kesum memerlukan tempat yang redup, jangan direct sangat dengan matahari. 2. Daun kesum memang consume banyak air tapi bukan berendam dalam air sangat.Cukup siram 2X sehari atau  ambil besen letak air (jangan terlalu banyak) letak pasu yang ada daun kesum dalam tu nanti tanah akan lembab jer tapi tak terendam. 3. Guna medium tanah hitam dan pasu biasa aje. 4. Orang kata nak biar pokok subur siram dengan air beras tapi kadang kadang  lupa nak buat.Letak je baja 2 minggu sekali. 5. Cara penanaman, cucuk batang daun kesum terus ke tanah, siram selalu insyaallah hidup (Ada orang guna kaedah rendam batang 2,3 hari sampai akar keluar baru tanam). 6. Ada orang cakap daripada pucuk pun boleh cucuk ke tanah.Korang tryla mana satu yang sesuai tumbuh. Kredit: facebook

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...