Assalamualaikum...
Harini nak kupas sikit pasal menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi tiap hamba Allah. Bagi orang muda seawal umur 2/3 tahun mereka sudah digalakan belajar.Menuntut ilmu dunia. Mengenal huruf dan nombor.
Bila dah remaja , mereka diajar mengenal dunia sekeliling . Yang mana selepas tu mereka kena belajar bersungguh sungguh untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
yes , orang muda belajar untuk lulus periksa !
Bagi orang dewasa atau dipanggil orang tua pula, menuntut ilmu bukan untuk lulus pada peperiksaan tetapi bila dia rasa dirinya masih kekurangan ilmu akhirat dan hukum hakam dunia.
Dia harus menuntut ilmu. Dan bagi ilmu fardhu ain, wajib dituntut kerana ilmu tersebut mempengaruhi kehidupan dunia dan akhirat.
Orang yang dah bijak belajar sampai masuk 2-3 universiti , kemudian sambung lagi belajar ke oversea, anda rasa perlukan dia belajar ilmu fardhu ain? Ilmu Tauhid? Ilmu tajwid ?
Jawapannya WAJIB !
Bila dia rasa diri dia masih belum sempurna sebagai muslim berilmu, dia layak menuntut ilmu lagi. Tak semestinya belajar fardhu ain, tauhid atau tajwid kena masuk universiti.
Anda pergi je ke kuliah kuliah di masjid dan surau dikawasan anda duduk. Luangkan masa 1-2jam. Selepas itu nanti anda akan rasa betapa hebatnya ilmu yang selama ini anda rasa anda dah tahu tapi pada hakikatnya anda masih tidak tahu sepenuhnya.
Pergilah ke kelas agama yang diadakan ditempat anda tinggal. Biasanya tiada minta yuran pun sekadar sumbang ikhlas untuk isi duit tabung masjid atau surau. Dan duit tabung tu pun nanti dibuat saguhati kepada tenaga pengajar yang berusaha berkongsi ilmu.
Bila dah belajar dan anda balik kerumah, praktikkanlah kepada anak anak serta pasangan. Mungkin dalam 10 ilmu yang anda bawa balik , inshaAllah akan dikesan 1-2 oleh ahli keluarga anda tu. Tak salahkan? Daripada mereka tak dapat tahu apa apa dan anda pun alami yang serupa.
Tuntut ilmu bukan perlu hari hari tapi hidup memang kena ada ilmu, jangan langsung takda. Tuntutlah ilmu sampai keliang lahad. Inilah pesanan Rasullullah saw*
|
Comments
Post a Comment