Skip to main content

Jangan bazirkan masa itu


Assalamualaikum.
Baru habis cuti tahun baru cina ,makanya baru lah dapat masuk blog. Waktu cuti yang lalu , masa maq banyak dihabiskan bersama keluarga. Internet terpaksa on kejap kejap. Yang aktif hanya whatsapp dan instagram. Itu pun tengah malam sebelum tidur baru update kenangan di instagram tu.

Ye ,manfaati hari hari berkualiti bersama yang tersayang terutama anak anak. Sebab setiap masa semuanya akan berubah. Bila si kecil dah jadi remaja , yang remaja dah habis belajar mula bekerja ,yang dah bekerja dah berkeluarga . Semuanya belaku sebegitu pantas . Semuanya bakal berubah. Kalau kita tak manfaati detik detik itu sekarang ini,mesti terasa banyak masa sudah terbuang macam tu jek.


Selalunya ada orang  kata "kejap jek dah beso anak anak ko ek? "

 " ko fikir 24 , 23, 16 tahun tu masa yang sekejap ke Peah oiii " - bisik hati maq .

Nasib Peah tak dengar , 😂

Bila anak anak dah berkahwin , suasana nak manja manja ketika masa dia single tu dah macam lain. Bila dah jadi isteri orang ,fokus dia lebih pada suami dan family barunya. Sebagai ibu kita hanya mampu memantau dari jauh , dah jarang nak sembang lelama , dah susah nak kongsi kongsi cerita macam dulu. Mujur ada group whats app keluarga , bila mereka senyap ,maq akan seru sorang sorang tanya khabar . Haa kejam tak maq ?😂

Naluri ibu ni kekadang memang dasyat. Tapi biasanya nampak jek serabut padahal hakikatnya mereka anggap anak anak tu masih kecil dan masih kena dipantau setiap masa ,biarpun hakikatnya dia dah jadi hak milik orang lain.

Sekarang ni fokus maq banyak pada mak buyung sorang ni. Doktor kata date of birth akhir march . Hampir setiap masa maq akan whatsapp dia . Tanya sihat kah? Baby gerak ok kah? Ada rasa sakit kah? Dah makan kah? Kerja ok kah? Hehe sorry banyak tanya , tapi semuanya tu sebab S.A.Y.A.N.G . Rasa sayang yang takkan berhenti hingga nafas ini terhenti.




Nota maq :  semoga Allah permudahkan semua urusan beliau ketika bersalin nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scammer

IPU Negeri Johor  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie.Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadirkan undangan majlis orang raikan anak mereka jadi raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat sampai harini ( 5hb September). Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung,nasi hujan panas ,hujan ributlah.Macam macam ado.Semua itu rezeki. Dalam sehari ada sampai 3/4 rumah yang nak kena pergi.Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Last² balik rumah tekak jadi loya sebab semua rempah ratus dan manis manisan tu sedang rancak berperang dalam usus perut.Maklom sistem ba...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Tukar je status isteri dia

  Assalamualaikum.  Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah.  Hari hari bisik kat Allah..  Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin.  Istajib doa ana ya Allah.. Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?   Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,  " inilah jalan hidup saya, kak ".. Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian...

Apa Usaha Kita Akan Datang?

  Bismillah, Terkejut dan hampir tak percaya bila maq dapat tahu tentang harga sayur bakal naik 3 kali ganda?! Biar betul? Tapi nak cakap apa kalau itu benar benar belaku. Suka tak suka memang kena hadap jugak. Zaman Madani harga barang naik bukan benda pelik.Yang pelik naik selalu turun tak pernah dan ianya memang mustahil berlaku sekarang ini. Maq selalu dok mikir ,bagaimanakah struggle ibubapa muda yang sedang nak besarkan anak zaman sekarang lah kan. Zaman dulu ,memang gaji kami kecil tapi rakyat sering dibantu dengan subsidi dan peruntukkan lain oleh kerajaan yang datangnya dari berbagai sudut. Berbeza zaman sekarang,bantuan semakin kurang malah satu persatu kemudahan rakyat mahren ditarik dan dimansuhkan.Tak cukup dengan tu,harga barang keperluan hampir setiap bulan ada je kenaikannya. Lepas satu ,satu barang keperluan naik harga. Maq dah plan satu usaha untuk cover masaalah harga sayuran bakal naik 3 kali ganda tu nanti. Sis,apakata kita gantikan hobi menanam pokok pokok bun...

Terung Pipit

Bismillah, Anda yang ada tanah  terbiar dikampung, boleh la tanam pokok terung pipit berselang seli dengan ubi dan keladi. Sekarang,harga sekilogram terung pipit mencecah RM12-RM19 kat Batu Pahat ni. Negeri lain saya tak pasti. Pesakit darah tinggi sangat digalakkan ambil terung pipit sebagai makanan tambahan. Tak perlu hari hari  makan. Saya dan encik suami dah buat percubaan, memang benar, tekanan darah berada pada paras normal bila kami makan berlaukkan sambal hijau terung pipit. **ikan bilis kasi lebih sikit dalam sambal tu... Terung pipit atau Turky Berry Ini pengalaman pertama maq dan sekeluarga makan terung pipit hasil masakan sendiri.Senang kata maq tak reti langsung masak terung pipit ni. Bila ibu saudara maq beritahu terung pipit boleh kawal tekanan darah tinggi,dan beliau bagi juga terung pipit buanyaaak. Nak tak nak maq kenalah buat sesatu menu untuk jadikan terung ni sedap dimakan. Cari resepi ditiktok. Jumpalah resepi sambal hijau terung pipit. Lada cili hijau 25...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...