Bismillah,
Bila dah lama tak menguli tepung ,rasa tersangat seronok dan tersangat bangga bila mood rajin tetiba datang dan akhirnya terhasil lah beberapa keping roti puri dari ½ kilo tepung gandum.
Sis ,korang dah boleh try.Modal pun ciput.
½ kilo tepung gandum
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh garam
2 sudu makan margerin
200 ml air suam.
Cara caranya :
*Tepung dengan margerin gaul sampai jadi serbok roti.
*susu pekat,garam campur dalam air suam ,kacau sampai sebati.
*Campurkan kedua bahan kat atas,bahan cecair tu tambah sikit sikit dulu,jangan tuang semua sekali.
*uli ikut gaya korang je.Maq uli sambil pejam mata hahaha gurau jela.
*dah sebati adunan tu ,buat bebola,saiz ikut saiz apa yang korang nak ,kemudian sapu margerin supaya tak melekat.
*lenyek dengan kayu pengelek satu persatu.Kalau lembik tambah lagi tepung,just tabur tabur manja je tau,jangan pulak segengam ko letak.Keras kebatun roti tu nanti.
*siap canai boleh terap nak dapatkan bentuk yang sekata tapi bentuk yang macam macam bentuk lagi rare haha
*panaskan minyak.Jangan panas kuat tau ,nanti hangus.Panas minyak sedang sedang je.Tapi jangan panas hangat hangat ta*i ayam je, "mejeng" roti puri tu nanti.
*masukan roti dlm kuali pastu siram2 dengan minyak,korang kalau tak tau nak gaya mengorengnya haa belajar kat youtube,dekat tiktok pun banyak orang tunjuk cara goreng roti puri.
*Siap goreng dah boleh hidang.Lawan pulak dengan kopi O dan roti puri cicah sambal tumis masyaallah,nikmat apa yang kau dustai.
Hujan diluar rumah semakin terasa dinginnya disaat angin sepoi sepoi bahasa menepis ke pipi...ceh 😂
Comments
Post a Comment