Bismillah,
Selepas pemergian maktok,anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit yang duduk jauh dari Batu Pahat telah berkumpul dirumah maktok beberapa hari.Termasuklah ibu maq.Mereka semua merupakan anak anak dan cucu cucu maktok yang duduk di luar Batu Pahat ,ada yang dari Perak, Selangor, Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Singapura.
Maq ajak ibu duduk je dirumah maq nanti kami akan hantar ibu ke rumah maktok ulang alik untuk jumpa adik adik beliau tapi alasan yang diberi nak temankan mak usu untuk beberapa hari. Dan mereka adik beradik telah sama sama gotong royong buat kenduri selama 3 malam berturut turut disurau Kampung Parit Amat.
Kesedihan selepas kehilangan perlu 'dicover'. Masing masing seakan nampak sangat kuat, namun jauh disudut hati Allah je yang tahu.
Apa pun kehidupan perlu diteruskan.Bonda yang telah pergi tetap akan menjadi rindu yang takda berpenghujungnya.
Ibu maq adalah anak pertama maktok. Lepas ni adik adiknya pasti akan melepaskan rindu mereka dekat "akak"nya pulak sebab akak tertua adalah pengganti diri seorang emak.
Malam minggu semalam Mak Uteh dah bawa ibu pergi ngeteh. Ronda ronda bandar Batu Pahat. Melihat suasana malam yang ibu dah terlalu lama tak nikmati. Seronoklah ibu maq tu bila dapat peluang jalan jalan dengan adik adiknya.Alhamdulillah ,terima kasih mak Uteh.
Mak Uteh,ibu maq dan mak Ngah |
Alhamdulillah.Menyelerakan... |
Comments
Post a Comment