3 Kacang Ketot Tok Maq

 


Bismillah ,Alhamdulillah.

3 kacang ketot ini adalah penyeri rumah tok maq.Bila dah berkumpul ada je keletah masing masing yang nak dipersembahkan depan tokmaq dan tokyah mereka.


Atas tu gambar mereka pada awal tahun 2023. Sekarang masing masing semakin bertambah akalnya.Perangai tersendiri pun dah semakin terserlah.Mungkin tokmaq akan rindu semua moment  tu nanti bila mereka dah besar.


April 2025 - Ainul Mardiah dah masuk umur 7 tahun.


Jun 2025 - Adam Muqri jadi budak 4 tahun



Jun 2025- Adam Aisy jadi kekanak 3 tahun


Semoga cucu cucu tok maq sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan rahmat Allah swt.Membesar dengan sihat dan menjadi anak anak yang mudah dididik dan menjadi hamba Allah yang berakhlaq baik. Aamiin...

Gambar pada pertengahan tahun 2023*

Gambar 2024 mana?


Ok,tahun 2024 adalah tahun dimana ibubapa masing masing sibuk dengan komitmen masing masing.Kadang family Along balik,family Angah  tak dapat cuti.Kadang mereka terkejar kejar masa juga untuk balik rumah kami sekadar dapat jumpa sekejap pun syukur dah.Bila dah kelam kabut itu yang sampai terlupa nak bergambar dengan cucu cucu.


Raya 2024 lepas pun kami sepertinya takda gambar raya sekeluarga.Sebab tahun tu Angah beraya dikampung halaman suaminya di Kedah.Dan maq macam biasalah ,raya di Batu Pahat sahaja bersama Along dan Ucu.

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H

Ayat Pilihan 16 May 2026