Skip to main content

Johorean - Cuti Jumaat Bertukar Ahad

 

Bismillah,Alhamdulillah.
Harini Jumaat pertama tahun 2025.


Harini juga hari bekerja buat semua warga Johor selepas beberapa tahun kerajaan Johor menjadikan Jumaat sebagai hari cuti.


Macam biasa ,waktu solat Jumaat akan diutamakan.Dimana nanti ,waktu rehat agak panjang dari hari biasa.


Murid sekolah yang sesi pagi dah mula bersurai pada pukul 12.30 tengahari.Mereka dah meriah dah kat tepi jalanraya tunggu dijemput.Seronok nak balik rumah.


Orang Johor semua kerja harini,kecuali maq dan encik suami.Macam biasalah,kami masih cuti lagi...


Jumaat ini juga hati tua maq rasa terkilan bila baca berita tentang kehilangan 4 nyawa dalam "Event Pinkfish" yang berlangsung pada malam tahun baru yang lalu.


Tapi benda dah jadi ,siapa kita nak menidakkan takdir.Tapi jujur cakap, maq rasa sedih sangat.


Semoga kita dan keturunan kita diberi pengakhiran hidup yang baik baik,

Ditempat yang baik baik,

Disamping orang yang baik baik,

Dalam keadaan yang baik baik.

Allahhumma Aamiin..


Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Kita Hanya Seorang Hamba

Dos Bertambah Sebab Degil

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Resepi Samperit Klasik

Sejarah Parit Sulong