Skip to main content

KKBP Cashless Payment

 

Bismillah,


Alhamdulillah semalam 14/1/2025 merupakan kali pertama maq pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat ( KKBP ) untuk tahun 2025.


Last pergi masa ambil hasil keputusan pemeriksaan darah   pada tahun lepas iaitu pada  31/12/2024. 


Ala baru 2 minggu je tak pergi KKBP tukan  tapi  cerita bagai nak rak ,macam lah lama sangat tak kesitu.


Kalini pergi atas arahan doktor yang berkaitan masalah buah pinggang dan urine maq yang tak clear haritu tu.Ambil darah sekali lagi tapi yang kalini tak payah puasa malam.


Macam biasa maq akan keluar rumah pukul 7.15 pagi. Sampai KKBP orang dah berbaris ramai.Macam nak buat perbarisan sambut merdeka pulak.Mereka dibahagi kepada 3 barisan.

Barisan pertama - datang nak ambil ubat

Barisan ke dua - datang ada temujanji dengan doktor 

Barisan ke tiga - datang nak ambil darah

Maq dapat giliran ke 15 pada barisan ke tiga.Ini keluar rumah pukul 7.15 kalau keluar pukul 8?9?masak matt...


Beria acik kau ni keluarkan duit singgit dia siap siap,tapi nak jadikan cerita.Sampai kat kaunter 5,masa nak bayar pendaftaran rupanya petugas tu taknak wang kertas kita ni haaa...


oh, bermula Januari 2025 ,
semua urusan pembayaran termasuk pendaftaran kat KKBP adalah "cashless payment" maknya oii .

Mungkin diseluruh keluarga KKM se Malaysia kot dah berkuat kuasa.Jadinya kita simpanlah duit plastik singgit kita tu semula dalam beg dompet.

Nah ! baru 2 minggu maq tak masuk KKBP dah berubah cara pembayarannya.Nanti nak pergi lagi bulan 6 harap harap klinik tu tak berubah lokasinya. 

Korang kalau ada mak ayah atau sedara mara atau jiran tetangga yang nak pergi Klinik kesihatan tanya dulu , selain bawa mykad diaorang ada kad bank tak? kesian nanti terkial kial diaorang tu bila petugas kat klinik tu taknak duit singgit lagi.


Bila maq update kat whats App story ,tetiba dapat chat dari sesaorang,

🤭

Jom kita berselawat je lah...


Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Resepi Samperit Klasik

Sejarah Parit Sulong