Israk Mikraj 1446H

 



Bismillah,

27 Rejab 1446H

Ada pun peristiwa israk mikraj telah tercatat dalam Al Quran pada

Surah Al Israa' ayat 1 (Al Quran : 17:1 ) 

Dan

 Surah An Najm (Al Quran 53:13-18)


Peristiwa besar yang dialami oleh Nabi Muhamad SAW dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT.


Peristiwa ini belaku ketika Nabi Muhamad SAW berada dalam situasi kesedihan selepas kewafatan bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dianggap seperti ayahnya sendiri dan kewafatan isteri tersayang Siti Khadijah yang belaku pada tahun yang sama.


Dan juga kesedihan baginda apabila dakwahnya di Ta'if  tidak diterima malahan diusir dengan cara yang kurang sopan dan keterlaluan.


Maka untuk kesedihan yang berganda ganda itu,Allah perintahkan malaikat Jibril bawa Nabi Muhamad SAW keluar "jalan jalan".


Israk - perjalanan dari Masjidilharam ,Mekah ke Masjid Aqsa,Palestine.


Mikraj - perjalanan baginda bersama malaikat Jibril dari langit dunia hingga ke langit ke 7.




Alhamdulillah sejarah israk dan mikraj banyak beri manfaat kepada umat islam diakhir zaman.

Antaranya dimana  solat fardhu telah dikurangkan bilangannya kepada 5 waktu sehari semalam sahaja.

Sebelum itu jumlah solat bagi umat nabi nabi sebelumnya adalah sangat banyak,ada yang sampai 50 waktu sehari semalam.

Kalaulah masih berterusan hingga hari ini, ramai yang tak sempat nak makan, nak tidur dan  apatah lagi nak keluar pergi shopping.

Bersyukurlah kita dianugerahkan sorang Nabi dan Rasul yang sangat perihatin terhadap umatnya.

Baginda tahu keupayaan umatnya diakhir zaman.Kudrat terbatas dan ujian pun banyak.

So untuk israk mikraj 1446H kali ini ,apa respond kita untuk hasil usaha baginda yang satu ini? 

Masih tak sempat lagi ke nak solat asbab sibuk bekerja ?Tanya diri sendiri dan jawablah sendiri.

Kita ni sama je beza nya kita antara kita cuma pada amalan sahaja.

Waallaua'lam.




Teruskan berselawat.





Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026