Bismillah,
Haritu terjumpa kawan satu taman maq. Dia ni peramah orangnya.Bila jumpa tak berpeluk peluk tak sah.Orangnya kecil molek je dan kalau maq yang peluk confirm dia hilang dalam pelukkan maq haha.Sembang punya sembang,tetiba dia cakap,
"Aku dah malas kumpul kumpul emas lagi Ni.Cukuplah mana yang dah ada tu.Bila fikirkan anak anak kan dah ada rezeki masing masing, jadinya aku kumpul emas banyak banyak tu nanti nak buat apa?kan Ni?"
**Rupanya dia macam maq jugak.Dah mula kurang nak fikir urusan dunia ni,apatah lagi berkaitan harta benda.
"Ye kak,umur umur macam kita ni apa ada je sudahla .Anak anak tu biarlah mereka berusaha sendiri.Kita dulu pun emak bapak takda tinggalkan harta.Dah kawen pandai pandailah kita ni urus diri sendiri dan keluarga sendiri."
"Ha ah betul kau cakap Ni.Aku pelik orang dah tua tua tapi masih berkejar kejar nak kumpul emas padahal esok lusa emas tu sempat ke tak nak beri manfaat kat diri sendiri.Silap silap buat gaduh kat anak anak.Eh taknak aku!"
"Ye kak, ada duit sesikit ,sedekah je.Ada banyak sedekah banyak.Tu je yang kita boleh bawak balik ke "rumah baru" kita nanti."
"Aku kan , ada singgit ke dua inggit,aku simpan ,nanti bila suami pergi solat jemaah subuh ,aku suruh suami aku bawa,isi tabung surau.Sedekah subuh je."
"Alhamdulillah kak.Sikit sikit pun takpa ,yang penting niatkan kerana Allah dan istiqomah. Moga moga Allah balas semua kebaikan tu dengan pahala dan syurga."
" ye la Ni..Tu je yang aku mampu.."
"Kita sama je kak.Saya pun macam akak.Dapat duit singgit singgit saya kumpul.Orang buat duit raya ,saya buat isi tabung kat surau.Duit singgit boleh menabung hari hari,kalau rm10 dalam sebulan 4kali je saya mampu kak hahahahah.."
dua dua gelakkan diri sendiri**
Sejujurnya maq malu nak sembang pasal cerita " isi tabung surau " tapi dah kawan tu bukak cerita,maq pun layankan jelah. Semoga Allah berkati usaha kami di umur yang dah senjakala ni.
Guys ,Teruskan berselawat **