Rasa Malas Nak Solat?

 


Kata Nasihat


Bismillah,

Kali ini Allah izinkan untuk Maq kongsikan tips bagaimana nak mengatasi rasa malas nak solat.



1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.


2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.


3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.


6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.


7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.


8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.


9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.


10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.


11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.


12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.


Sumber : telegram kata hikmah mutiara.

Teruskan berselawat**

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026