Skip to main content

Dunia Bukan Untuk Dunia



Gambar sekadar hiasan

Bismillah,

Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni,


"Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..."


Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah,


Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala.

Kita baca quran sebab nak pahala.

Kita beribadah sebab nak pahala.

Kita buat baik sebab nak pahala.


Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini.

Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha.

Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehingga mengabaikan usaha nak jadi hebat kat akhirat.

Ayat ni juga terang terang perli diri Maq sendiri. Maq ngaku.Nafsu kadang buat minda jadi serabut. Kepala otak asyik mikir nak itu,nak ini , nak macam tu, nak macam ni. Padahal hidup kat dunia ni kejap je pun,bukan selama lamanya.

Tanpa tersedar,bila Allah tunjukkan ceramah pagi tadi, ternyata hati maq telah dijentik berkali kali supaya sedar bahawa hidup kat dunia ini hanyalah untuk kehidupan kat akhirat.Jangan ubah fakta ini.Ianya sangat jelas dan muktamad.


Video dibawah, satu lagi nasihat.


Terima kasih Ustazah.

Kawan ,teruskan berselawat biarpun dalam keadaan terpaksa**

Popular posts from this blog

Skala Gempa Bumi Dan Kesannya

Cucu Asuhan Lain Dari Yang Lain

Ulasan Mantan Menteri Agama Tentang "penjenamaan Semula Tabung Haji"

Pfizer ,EO dan Encik suami

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Satu Ingatan ,Satu Kesedaran

Ety try Silicone Glaze

Kedai Makan Di Benteng Sunyi?

Selawat Fatih