Skip to main content

Ikhlasnya Matahari Waktu Senja

 


Bismillah,

Petang semalam maq bertiga pergi ke Pantai Minyak Beku. Sekarang pantai ini dah semakin meriah. Kami gerak pada pukul 5 petang.

Kalau lalu jalan dari arah bandar Penggaram ambil masa lebih sikit. Kalau lalu ikut jalan dari kampung Sungai Ayam,masa perjalanan tu kurang lah sikit.

Tapi maq lebih suka jalan yang jauh,kurang lebih ambil masa 30 minit. Jauh perjalanan kan dapat lihat banyak pemandangan.



Aida sentiasa jadi bodyguard kami. Setiap Jumaat dia cuti,dapatlah ambil peluang santai santaikan diri duduk tepi pantai ni sambil rehatkan minda dia yang sering diuji dengan  acik acik mutawif mutawiffah dan calon calon jemaah umrah yang  beraneka  ragam.




Air laut tengah pasang. Angin sedang bertiup sepoi sepoi bahasa. Maaf ,maq dah cuba ambil gambar angin tapi masih tak kelihatan.😂




Kat sini kalau ootd memang seronok. Kawasannya pun bersih. Maaf gambar tak banyak untuk buktikan kata kata maq tu sebab nak jaga privacy pengunjung. Sebetulnya kiri kanan ada orang sedang berkelah. Couple yang dating pun ramai..😎


Kawasan pakir yang penuh dan free😍


Senyum je mampu 😁




Orang perseorangan .
Sila jangan ganggu🤣




Waktu ni maq ada cakap dekat Aida. Matahari adalah mahluk paling setia dan jujur dengan tugasnya. Setiap pagi ia akan muncul buat kerja. Mahluk lain suka atau tidak,matahari akan tetap bersinar. Biarpun manusia mengeluh badan berpeluh sebab terik matahari, matahari tetap buat kerjanya.

Kemudian setiap petang pula ia menghilangkan diri. Sama ada manusia suka atau tidak ,ia tetap bersembunyi supaya bumi jadi gelap dan dingin. Tak pernah culas kerja,tak pernah mengeluh,tak pernah merajuk.

Tapi mahluk Allah yang bernama manusia susah nak dapat yang boleh berkerja sejujur matahari, malah majikan pun kadang kala dia perlekehkan. Macamanalah nak dapat rezeki yang barokah. Ada setengah,nak cakap terima kasih kat boss pun susah. Apatah lagi kat Allah.




Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan nak balik  senja semalam. Matahari dah beri panorama paling indah dan menakjubkan di depan mata kami. Masyaallah tabarokallah. Ikhlasnya makin kelihatan. Sebelum beradu diberi bahagia kepada dunia.




Kedua dua gambar diatas tu bukan maq edit tau. Itulah yang maq nampak depan mata. Maha suci Allah yang mencipta sekelian alam ini. Maq sangat teruja dengan keikhlasan matahari di kaki senja semalam.Tak terucap dengan kata kata.

Satu je yang maq terlalu risau. Saat bila matahari itu terbitnya dari sebelah barat. Waktu tu semua pintu taubat telah tertutup. Maq jumpa ke tak moment tu nanti ek?



Jom selawat sampai kiamat***


Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Stay Positive

Zikir Penyembuh 70 Penyakit

Umrah Ramadhan 2025

Kunci Rezeki

Emak Singa Dah Insaf

Apa Usaha Kita Akan Datang?

Keampunan Allah Lebih Besar Dari Dosa Kita

Celik Faraid

Elak Santau Sihir