Skip to main content

Siapa Yang Layak Kerja Keras?

 


Baca Doa Dulu**


Bismillah,

Maq pernah ditanya, siapa yang layak kerja keras kalau warga pencen tak layak?


Jawapan maq simple.


*Orang muda umur 21-55 tahun.

*Orang yang anaknya masih belajar.

*Orang yang ada tanggungjawab kepada pekerja dan keluarga besarnya.

*Orang yang ada hutang dengan manusia.

*Orang  yang tak reti nak duduk diam dalam rumah.


Tapi walaupun mereka kena kerja keras tak bermakna mereka kena abaikan tanggungjawab mereka dengan Allah dan Rasulullah dan masyarakat keliling.


Dekat Batu Pahat je , ramai orang muda yang maq nampak mereka bekerja keras untuk orang keliling mereka. Sebagai contoh sekarang ni,


Boss Nasi Pakistan No 1
Batu Pahat.


Pengusaha Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat 

Korang confirm  tahu apa usahanya untuk orang kelilingnya.


Semua event yang beliau join sering jadi tumpuan orang ramai. Dan hasil event tu, dibawa balik Batu Pahat dan nanti adalah "rezeki" yang  akan kongsi disini. Orang Batu Pahat support ke , tak support ke bisnes beliau, hulur tetap hulur. Rezeki tetap dikongsi bersama.


Sabtu 23/11 nanti, beliau dan sebahagian lagi pekerjanya akan pergi mengerjakan umrah. Ini  merupakan  group yang kedua yang beliau taja.Alhamdulillah. 


Group pertama umrah yang beliau taja pun dah selamat pulang ke tanahair bulan lepas. 


Berinfaq adalah salah satu usahanya yang dah berjaya menaikkan namanya diseluruh negara.


Biarpun dikecam , dihembus bertalu talu, bagi beliau itu semua angin lalu yang bertiup. Kadang angin bawa bau wangi bunga bunga ,kadang kadang ada bawa bau bau longkang. Semua tu benda biasa .


Apa pun jujur maq cakap, bubur lambok air tangan boss Azrul ni memang power. Maq dah rasa semalam.

Lu Padu Lu Mari 😎



Dan seorang lagi orang muda yang hebat di Batu Pahat ,

Boss Ijan ,pengusaha perabut kayu jati,
Parit Sulong,Batu Pahat


Pengusaha Hafizan Enterprise

Korang pun mesti selalu tengok boss Ijan buat kerja kat live akaun tiktok, ligat 360° bersama staff staff. Sale dan sold adalah hal yang tak asing lagi bagi beliau. Kerja keras siang dan malam!


Kayu jati yang dijual harga puluhan ribu ringgit pun orang boleh beli macam beli goreng pisang panas. 


Maq pun ada beberapa set perabut jati yang dibeli dari kedai beliau beberapa tahun dahulu. Ni dah dekat nak raya ,siaplah nanti macam macam sale dan sold akan belaku! 


Ok, di atas tu ada 2 link tiktok berwarna oren milik pengusaha pengusaha muda yang berada di Batu Pahat. Kalau korang nak tengok siapa yang kena kerja keras,korang follow diaorang ,like video dan tonton live diaorang. Maq  done!


Nah, umur macam mereka inilah yang layak berkerja keras. Sebab mereka ada banyak orang yang perlu dibantu, ada banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Ada banyak benda yang perlu dibuat. Mereka masih bertenaga!


Lepasni korang mesti paham bila maq suruh warga warga pencen fokus pada kehidupan akan datang.Sebab masa muda muda dulu,mereka dah puas teruk buat kerja untuk dunia dan alam.


Berhenti kerja bukan sebab banyak duit simpanan,bukan sebab orang pencen pemalas tapi sebab nak habiskan sisa sisa usia hanya untuk Allah swt.

Tolongla paham...


**selawat lah hingga nafas yang terakhir.



Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...