Doa Ketika Jumpa Orang Jahat




Bismillah,

Maq dapat doa ni dari keratan video ceramah Ustaz Kazim di Youtube.Korang boleh dah buka Quran, cari  surah To Haa ayat 55.



Apa kelebihan amalkan ayat ini?

Ia bagus dibaca ketika kita sedang berhadapan dengan situasi yang mencemaskan. 


Contohnya berhadapan dengan orang jahat/samseng,Orang ajak bergaduh,bertumbuk dengan anjing garang , dengan orang ada masalah mental ,ular yang bisa.


Nak jumpa sesaorang yang buat jiwa kita gementar pun sesuai baca ayat ni.Misalnya masa pergi interview.


Haaa itu ustaz yang cadangkan.Tapi ustaz lebih pada situasi berdepan dengan orang jahat. 


Orang jahat tu ia termasuklah orang yang memusuhi kita dalam diam.Manusia ni kadang depan kita dia nampak baik je tapi belakang kita  Allah je yang tahu. Kadang macam tak percaya yang perangai dia harey macam tu.


Pada maq lebih baik korang hafalkan je nanti bila perlu berguna jugak amalan tu.


Ini ikhtiar kita melalui kalam Allah.

( dengan bacaan ayat ayat suci dalam Al Quran )


Korang yang ada Quran tu ,janganlah simpan je dalam gerobok buat koleksi.Dah la Quran tu harganya mahal ,rugi kalau tak baca dan tak diamalkan kandungannya.


Semua dengan izin Allah.Kita hanya usaha.


Jom selawat terusssss...

Comments

Popular posts from this blog

2 Muharam 1448H

Hikmah Disebalik Sesat

Bersyukur Bila Diuji

1 Muharam 1448H

Tirai 1448H Langit Indah

10 Zulhijjah 1447H

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

Senarai Alat Survival Menghadapi Krisis Bencana Alam Atau Peperangan