Skip to main content

Stay Positive

 

Bismillah,

Redha dan Pasrah.
Bila kita dah redha dan pasrah,
kita akan sentiasa berdamai dengan takdir. 
Ujian apa sekalipun yang kita lalui,
tetap berserah 100% hanya kepada Allah.
Kita kasih kerana Allah,
Kita Sayang kerana Allah,
Kita usaha kekalkan kasih sayang,
juga kerana Allah.

Setiap manusia akan diuji.
Ujian masing masing yang berbeza.
Tapi jalan tujunya tetap sama.
Ujian itu tanda Allah masih sayang.

DIA takkan biarkan kita hanyut dengan hal yang DIA tak suka.

DIA tak akan biarkan kita leka dalam hal yang tak beri kita pahala.

Bila ujian orang lain berbeza,
tentunya keputusan mereka,
kata kata mereka ada yang tidak sehaluan dengan pemikiran kita.

Sila abaikan mereka.
Jangan kecam,jangan dipersoalkan.
Mereka adalah mereka,kita adalah kita.

Teruskan melangkah.

Namun,jangan cepat mengaku diri kita betul kerana keputusan kita belum tentu bagus.

Sebab bila kita takda dalam situasi masalah oranglain,
kita tak layak menghukum mereka itu tidak bagus.
Perit,pedihnya kehidupan mereka,
hanya mereka yang melalui.

Kita ini sebagai manusia ciptaan Allah yang tak pernah sempurna, selayaknya mendoakan yang baik baik untuk semua mahluk Tuhan.

Teruskan bersangka baik kawan.
And always stay positive.




Jangan lupa selawat**


Comments

Post a Comment

POPULAR POST

Ikhlasnya Matahari Waktu Senja

Zikir Penyembuh 70 Penyakit

Umrah Ramadhan 2025

Kunci Rezeki

Emak Singa Dah Insaf

Apa Usaha Kita Akan Datang?

Keampunan Allah Lebih Besar Dari Dosa Kita

Celik Faraid

Elak Santau Sihir