Ayam Tua Masak Sambal

 



Bismillah,


Kalini nak kongsi resepi Ayam tua masak sambal. Ada panggil ayam pencen tapi ada satu soalan maq nak tanya, dulu ayam ni kerja apa? hahaha gurau jela..

Bawah ini caranya.


Bahan bahannya,
Bawang besar 1 biji*
Bawang putih 3 ulas*
Halia setengah inci*
Ketumbar 3 sudu makan
Jintan halus 1 sudu makan
Rempah tumis 3 sekawan & daun bay
*( bahan perlu di kisar )

**ketumbar & jintan tu maq basuh bawah air paip yang mengalir ,pastu sangai sampai rangup, pastu barulah ditumbuk sampai jadi serupa tu.Ambil masa dalam 20 minit jugak.Saja nak test power,padahal blender ada je..

Lada kisar 1 cawan
Garam ikut citarasa
Serbuk perasa ayam 1 sudu makan
sos  cili 2 sudu makan
Gula pasir 1 cawan (maq suka manis)
**Resepi maq memang takda guna ajinomoto

Ayam dah cuci masukan dalam periuk tekanan. Letak air paras ayam,jangan lebih. Letak garam satu sudu. Kalau guna noxxa korang pilih menu "meat" . Maq setting masanya 40 minutes untuk 2 ekor ayam. Tombol periuk set pada arah pressure.

Okey selepas 40 minit ,bila dah bunyi bip ,tekan cancel, tutup suis dan biarkan proses melembutkan isi ayam berlaku dlm periuk tu dulu.Bila "locked" periuk tu dah turun,baru dibuka penutup periuknya. Selagi tak siap proses 'pelembutan' ,penutup periuk memang akan ketat ya ampunnn...tolong jangan dibuka!

Masukan sesenduk minyak masak,tumis rempah tumis dahulu.Jangan lupa basuh dulu kayu manis,daun bay,bunga lawang,buah pelaga tu dibawah air paip yang mengalir.

Masukan bahan bahan yang sudah dikisar.Tumis dengan api sederhana.Kalau kering sangat,letak air rebusan  ayam sesenduk. 

Bila dah matang ,warna akan bertukar dan kuah sambal akan jadi likat.

Masukkan ayam yang dah direbus,balik balikan sampai air sambal tu kering.Kalau tak guna blender ,inshaallah cepat je keringnya.Lepastu adjust rasa sambal sesedap mana yang korang mahu.Bila dah siap semua ,dah boleh tutup api.
Okey Siap!


**Sukatan bahan bahan yang maq bagi tu untuk masak seekor ayam tua ye.


***Tips maq ,nak tahu sambal dah matang ke belum,bila sambal dah melekat lekat kat sudip tu,ye,itulah tanda sambal dah masak sempurna. Kalau masih meleleh lagi kuahnya tu belum matang lah tu.

Lagi satu,waktu memasak ,
maq suka main api.
 Kejap apinya maq besarkan,
kejap maq kecilkan,
kejap maq sederhanakan.
Bila dah penat main api,
Siaplah proses memasak.


Memasak sambil selawat pun boleh**

Popular Posts