Assalamualaikum.
Akhirnya...
Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON!
Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.
-bawa ballpen
-bawa fon
-bawa air masak
Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan.
Alhamdulillah , semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya..
Inshaallah..,🤲
Encik suami sudah , maq bila? Hahha maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕
Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂
Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ...
Comments
LeYa pun dah 1 dos dah...
3 Ogos nanti insyaAllah lengkaplah tertanam mikrochip dalam badan Leya ni.. Hehe...
Alhamdulillah...terima kasih semua kerana sudi singgah :)