Skip to main content

Anti Vaksin




Assalamualaikum,

Beberapa minggu lepas maq dijemput menyertai group anti vaksin di telegram. Maq layankan je ,paling tidak dapat jugak baca isi hati mereka atas alasan kenapa menolak vaksin.


Kini dah nak sebulan maq disitu.Apa yang maq perhatikan tentang mereka,ini pendapat maq.


Mereka tu bukan tak suka vaksin tapi mereka tak suka kerajaan . Ye itu realiti sebenarnya !


Setiap masa mereka tampilkan kesilapan menteri itu ,menteri ini. Mereka kata kerajaan sentiasa buat dosa seperti mereka sendiri tak pernah buat dosa.


Mereka hamparkan cerita cerita yang diambil dari luar negara.Mereka bandingkan negara luar dengan Malaysia.


Mereka burukan Malaysia, mereka burukan kerajaan Malaysia dan mereka burukan rakyat Malaysia yang telah divaksin. - Sedangkan mereka tu semua masih lagi di Malaysia.


Apakah terjadi hal serupa kalau Tun M masih menerajui kerajaan harini?


Apakah Tok Ajib  akan tanggung masalah sama jika masih jadi pemimpin Malaysia harini?


Ye, pastinya semua tokoh tokoh tu bakal jadi bahan kepada anti kerajaan dan anti vaksin  yang ada sekarang. Dah rezeki .Dato Muhyiddin pulak kalini yang terkena.Bertabahla tok..


 Allahhuakhbar.


Anti vaksin kata vaksin ni angkara yahudi.Mereka buat virus kemudian buat vaksin.Ini bisnes dunia -Padahal dunia sejak dulu memang begitu. Kita je yang kurang ambil tahu.


Kesimpulannya,


Sekarang bukan lagi waktu pertikai vaksinasi ni tapi sekarang lah waktu bagi kita untuk  teruskan kehidupan yang masih berbaki beberapa masa je lagi. Kawal ahli keluarga terdekat supaya mereka semua terlindung dari fitnah dunia dan fitnah dajjal. 


Sekarang bukan masanya nak tengok siapa betul siapa salah ,tapi sekaranglah masanya masing masing buat pembetulan dalam iman dan takwa. Bila banyak salah orang kita nampak, banyak jugak dosa kita makin bertambah.


Maq jadi takut.


Anti vaksin tahu yang manusia kini berada diakhir zaman .

Ye ,akhir zaman ni ,inilah zaman fitnah .Kita tahu tapi kita masih buat buat tak tahu menahu.


Muktamad : Maq dah ambil keputusan nak left dari group tu.Lagi lama maq dalam tu ,lagi hatini bersangka yang bukan bukan pulak nanti.

Nauzubillahiminzaliq..


Comments

  1. itulah kak, kadang kita yang stress bila layan ada yg mereka tuliskan mengikut kepercayaan mereka. Anti vaksin ni kadang bahaya boleh mempengaruhi fikiran kita supaya menyokong mereka...

    kita anggap jelah vaksin ni cara kita untuk lindung diri, macam kita ambil pelbagai vaksin dari kita bayi hingga ke besar. Semua tu adalah untuk lindung diri kita kan... bukan la sebab apa kan

    ReplyDelete
  2. Dana ,betul tu.Bersangka baik itu lebih baik.Kerana yang baik baik juga bakal dtg nanti..inshaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

  Gambar sekadar hiasan Bismillah, Andai kata dunia makin tak stabil,jangan panik.Tapi jangan juga kosong. Kita di Malaysia mungkin tak dengar bunyi bom.Tetapi kesan perang jauh dari tempat kita masih boleh sampai ke rumah kita dalam bentuk harga barang, gangguan bekalan, perjalanan yang terganggu, tekanan emosi, berita palsu, dan rasa cemas yang makin menebal. Jadi apa persediaan paling waras? 1.Simpan duit kecemasan ikut kemampuan. Tak semestinya terus 3 bulan.Mulakan dengan sasaran kecil yang realistik. Asalkan rumah ada sedikit ruang bernafas kalau harga naik atau urusan harian terganggu. 2.Simpan sedikit tunai di rumah.Bukan untuk berlagak prepper.Tetapi untuk keadaan bila sistem terganggu, line down, atau urusan kecil perlukan tunai segera. 3.Ada stok asas untuk beberapa hari. Air minum.✅ Beras.✅ Makanan ringkas yang keluarga memang makan.✅ Makanan bayi jika perlu.✅ **Jangan panic buying.Cuma jangan terlalu kosong. 4.Pastikan ubat jangan putus. Ubat darah tinggi.✅ Ubat kencin...

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

  Bismillah, Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup. Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji .Inilah kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( tempat maq tinggal ) Gambar sekadar hiasan* Dikhabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab perang US - Iran. Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak Di Pakistan - pelajar disni ramai dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari. Di Filipina - rakyat berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak disel sudah kehabisan. Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya. "Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang mulia ini..." Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat mel...

Dunia Bukan Untuk Dunia

Gambar sekadar hiasan Bismillah, Awal pagi tadi Maq sempat layan satu video ceramah. Nasihat yang penceramah tersebut sampaikan sangat terkesan dihati maq sampailah ke malam ini. Nasihatnya lebih kurang berbunyi macamni, "Hidup didunia hanya untuk kehidupan kita diakhirat nanti. Dunia bukan untuk dunia tapi untuk akhirat. Jangan lupa itu ya ibu ibu..." Mulanya maq tak perasan jugak apa yang cuba beliau sampaikan.Nampak macam biasa biasa aja ayat tu.Tapi bila difikirkan secara peribadi.Ye benarlah, Kita bekerja untuk keluarga sebab nak pahala. Kita baca quran sebab nak pahala. Kita beribadah sebab nak pahala. Kita buat baik sebab nak pahala. Semua benda dilakukan sebab berharafkan pahala sedangkan pahala tu kita bukan boleh nampak pun kat dunia ini. Semuanya bakal terlihat nanti diakhirat. Yang berusaha nak kumpul pahala akan terus berusaha. Tapi kadang asbab hasutan syaitan nirojim, manusia terlalu berminat untuk nampak hebat semasa kat dunia. Terlalu yakin diri hebat. Sehing...

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

Bismillah, 28 Ramadhan 1447. Sedikit kisah dunia yang semakin bergolak disebabkan ketelanjuran perang antara Amerika dengan Iran. Paling menyedihkan kawasan kawasan terpenting telah menjadi mangsa keadaan.   Gambar gambar dibawah adalah antara yang menunjukkan kepulan kepulan asap yang menjulang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai selepas kepentingan Amerika di sekitarnya diserang Iran. Sumber : telegram Eko Preppers Malaysia Yang nyata sekarang, akibat perang ,banyak kerugian telah belaku.Yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.Yang bersalah masih rasa dia dipihak yang benar... **HasbunaAllah waneq mal wakeel ...

Nilai Sekeping Hati

  Bismillah, Terlintas untuk berkongsi hasil luahan seorang wanita yang bergelar ibu.Moga jadi jariah berpanjangan buat penulis dan jadi panduan buat ibu ibu diluar sana termasuklah maq. Inshaallah. Assalamu'alaikum wbt. "SEKEPING HATI." Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli. Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga. Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh...

Ayat pelembut hati

Assalamualaikum, Melembutkan hati yang keras dan degil memang sukar. Kadang-kadang macam nak terkeluar air mata darah rasanya tapi perangai tu tetap ada.Entah kat mana silapnya. Penyesalan bukan penamat,tetapi usaha menghindarkan tu yang perlu diteruskan.Kan? Dalam blogwalking hari ni. Allah dah menemukan maq dengan satu blog yang akan beri sedikit ilmu untuk maqnie dan semua. Tak salah kiranya kita panjang-panjang kan ilmu yang terdapat diblog beliau . Ini juga untuk manafaat semua,insyaALLAH.. Semoga anda semua dapat menjadikan blog ini sebagai informasi dalam kehidupan seharian. okeyh? InsyaALLAH...jika diizinkan... Sila klik  DISINI  dan selamat berilmu dan beramal la ya.. *** sesungguhnya yang buruk datangnya dari kita, dan yang baik itu datang dari ALLAH hanya untuk kita..waallahua'lam... Dah senyum belum?

Kek Coklat kukus Cara Maqnie

Assalaumualaikum Harini maq nak kongsi resepi kek kukus coklat yang pada maq sangat mudah dimasak . Dimasak dengan cara mengukus , so simple ! Bahan bahan  : 1cawan tepung naik sendiri 1 cawan serbok koko ( dua bahan ini diayak ) 2biji telur ayam 1cawan gula pasir 1sudu teh vanila esen 1cawan minyak masak 1cawan susu cair ( semua bahan diblender kecuali bahan yg telah diayak  ) Bahan yang diblender dimasukkan dalam bahan yang telah diayak . Kacau adunan hingga sebati .  Sapu acuan dengan sedikit minyak masak . Tuang adunan kedalam acuan , kukus selama 30 minit . Jika anda guna acuan yang besar , masak selama 1 jam . 30 minit tu untuk acuan macam maq pakai dibawah ni . * Bekas segiempat tupperware * Bekas ini boleh digunakan untuk mengukus makanan . Untuk adunan diatas ,maq dapat 2 biji kek kukus dengan bekas ini . Anda biasa lihat bekas macam nikan ? Biasanya tupperware datangkan satu set dengan 2 pcs . Maq guna kukusan periuk nasi keluara...

Melepaskan rindu Bersama Ainul Mardhiah

Assalamualaikum.  Bila lama dah tak jumpa,  rindu tiba tiba datang tanpa diundang. Bila diri ini dipelawa keluar bersama, hati terus beria ria nak keluar. Tak sampai 20 minit semua dah siap!  Hehe seronoknya  jalan dimusim pkp, tak perlu nak touch up muka berlebihan, biasa biasa sudah .  Sejak kebelakangan ni jarang dah dapat keluar date dengan kesayangan ni. Maklom dah berjauhan. Masa pun terbatas. Masing masing sibuk dengan komitmen masing masing. Kena banyakkan sabar. Tak nak bebel lebih lebih lah,  bawah ni  antara kenangan bersama si dia melepaskan rindu dalam kereta. What? Dalam kereta je?  Melepaskan rindu??  Hmm jadilah..  Budak jenis tak reti diam ni, lebih 10 hari dah dia tak jumpa tok mak. Bila dah jumpa macam macam dibuatnya. Ainul Mardhiah dah pandai berinteraksi dengan baik sekarang ni. Berangan pun boleh tahan. Macam perangai tok mak dia kecik kecik, maklom dua dua anak sulunglah katakan.. Kemana tumpahnya kari kalau tak k...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Assalamualaikum. Harini maq terpanggil untuk search permasalahan orang ramai. Terdapat ramai pewaris yang keliru nak buat macamana bila tanah pusaka mereka belum ditukar nama lagi tetapi pemilik asal sudah meninggal dunia? Pejabat tanah Batu Pahat. Sekadar hiasan. Baru baru ini maq ada terjumpa perbualan yang berkaitan dengan permasalahan ini. Tapi kes ini bukan berlaku dinegeri Johor tapi di Selangor Masalah yang dihadapi ialah : Masalah diatas telah mendapat respond dari beberapa orang netizen. Kes ini melibatkan tanah  pusaka dikawasan negeri Selangor. Maka mereka cadangkan pergi ke pejabat  dialamat dibawah ini. Dan bawah ini antara netizen yang dah selesaikan masalahnya melalui proses diatas. Ini respond beliau. Okey.Dari pemerhatian  dan pemahaman maq ,untuk kes tukar  nama pada geran yang mana pemilik asalnya dah meninggal. Apa yang perlu dibuat ialah : - mula mula buat perbincangan keluarga, tentukan dahulu siapa yang layak memi...