Tahniah dan takziah buat Sahabatku

 

Assalamualaikum.

Bila kita rasa usaha nak lindungi diri dari wabak tu antara usaha yang Nabi sarankan. Makanya tak salah kot kita berusaha untuk dapatkan vaksin yang telah kerajaan sediakan.

Setakad ni pengambilannya masih lagi percuma tapi tak hairanlah sikit masa nanti ianya dah jadi proses yang berbayar.

Perbetulkan niat kita bila nak buat sesuatu. Niatkan yang baik baik, maka hasilnya inshaallah yang baik juga nanti. Kita berusaha ,kita berdoa ,kita tawakkal. Kita serah semua kat Allah.

Ye, tu semua kerja Allah,kita hanya berusaha tanpa perlu menghasut orang lain..



Bawah ni gambar kenangan sahabat sahabat maq yang telah menerima vaksinasi ditempat masing masing. 

Tahniah sahabat. Sebab ramai yang berkongsi ,jadi maq simpan sini sebagai kenangan peribadi. 

Actually nak beritahu , Kami ni antara baby yang diberi vaksin selepas umur 50tahun ,hahaha gurau jelah. Macam comel jekan dapat vaksin diusia tersisa ni, macam baby baby gitu..
























tahniah kepada semua.

Sebelum ni ada jugak sahabat  yang berkongsi gambar mereka tapi maq dah terdelete pulak. Maaflah.

Semoga vaksin yang kita dapat tu mampu beri kebaikan buat kita semua dikehidupan dunia&akhirat.. Aamiin.

Al fatihah..


Harini group sekolah dikejutkan pula dengan berita pemergian seorang sahabat sekolah kami. Yang katanya sejak awal bulan Julai telah dimasukan ke wad atas masalah di paru paru. 


Semoga kau tenang disana,sahabat
Alfatihah..



Salam takziah buat keluarga arwahyarham Bahrom Yusof. Semoga tabah dengan ujian kali ini. 

Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah ,semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..

Aamiin² yaa Robbal a'lamiin..




Popular Posts