Skip to main content

Lawan dan Bangkit

 Assalamualaikum.

Harini Malaysia dikejutkan dengan perhimpunan " baju hitam" di perkarangan masjid jamek Kuala Lumpur dan  kemudian bergerak disepanjang jalan menuju ke dataran merdeka.



ye..kumpulan nilah yang maq jumpa dalam group telegram tempohari.Inilah yang mereka rancangkan .Maq sempatlah baca chat mereka pasal perhimpunan ni sebelum maq left the group. 

Ini pendapat peribadi maq ,

Tak salah mereka bangkit dan lawan.Ini negara demokrasi.Rakyat berhak bersuara. Tetapi jika kita kata  kerajaan gagal ,janganlah kita rakyat yang muda belia ,bijak pandai nak ikut sama gagal. Kita buatlah hal yang "cerdik". Tunjukan kat kerajaan yang orang muda mampu handle negara dengan kebijaksanaan kita.Pak pak  menteri yang umur dah lebih 60 tahun dah boleh rehat rehat duduk dirumah.

Tapi sayangnya bila dah terlalu bijak ,inilah padahnya. Yang berhimpun tu bukan takda akal tapi mereka berakal pendek ,malas nak fikir risiko mendatang dan buat ikut arahan dan ikut kata hati. Maklom orang muda kan ,cepat naik darah. Hasut sikit je ,dah  mengelodak sanubari untuk memberontak !

Actually ,korang yang GAGAL. 

Korang gagal guna iman dan akal.

korang gagal nak fikir siapa layak korang sanjung. 

Korang gagal bantu frontliners yang bertungkus lumus berusaha demi nak putuskan rantaian C19.

Korang gagal dalam usaha nak bebaskan rakyat yang dah berbulan bulan terkurung dalam rumah ,tak kerja ,tak dapat kemana mana.

Korang gagal ikut arahan rukun negara.

Apa yang korang berjaya ????

Bangsa lain tepuk tangan gembira sebab korang berjaya dibodoh bodohkan.

Korang berjaya buat rakyat merasa marah dengan sikap kepala batu dan degil korang.

Korang juga berjaya menambahkan lagi masalah yang dah sedia banyak ni. PDRM, KKM, mahkamah dah semakin busy korang tambahkan lagi kerja mereka.

Dan paling merisaukan ,inshaallah korang juga akan  berjaya naikkan kes baru yang dah sedia tinggi sikit hari lagi.

Tahniahlah korang...



Hai lah orang muda. Nak lawan ke, Nak bangkit ke ,bukan ini caranya.Ini takda penyakit cari penyakit namanya. Dikhuatiri niat nak lawan ,nak bangkit tu nanti bertukar dengan adengan beratur tak bangkit bangkit ditepi ward.

Allahhuakhbar, kenapalah tak nak fikir semua tu?? Sekarangni bukan lagi ancaman  virus C19 tapi dah virus delta variant dah. Lagi teruk ! lagi sengsara! 

Kalau korang rasa korang hebat ,bukalah topeng mulut tu waktu buat perhimpunan.Barulah  nampak real korang rakyat yang terhebat ,💕

Persoalannya sekarang ,tahukah anda siapa dalang disebalik semua ini ?? entahlah.. serah semua kat Allah ,kerana DIA je yang Maha Mengetahui.

Readers...doa yg baik baik buat negara kita.Kalau ada anak anak /ahli keluarga yang terlibat dalam perhimpunan ni, suruh dia insaf. Suruh dia buka AlQuran dan baca selalu,itu je cara  nak melawan semua ancaman yang ada diatas muka bumi ini.

Inshaallah janji Allah itu pasti.

Dunia ni dah tak lama dah...

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Peak Season Pengaruhi Emosi Jemaah

  Bismillah, Kalau korang rajin berlaman sosial sebulan dua ni,confirm korang akan jumpa cerita cerita yang tak sedap dibaca mengenai travel travel agent yang ada di negara kita.Macam macam isu telah diviralkan. Maq pernah terbaca luahan hati sorang hamba Allah yang khabarnya travel agent dah aniaya dia sekeluarga,beliau juga mendoakan agar agensi tu melingkup bankrup asbab masalah hotel yang tidak menepati perjanjian dalam package yang jemaah tersebut sudah booking. Maq tak berani nak komen lebih lebih mengenai beliau sebab maq faham,hati yang tersakiti akan hilang pertimbangan. Cuma nak pesan ,hati hati, sebabnya masa ini jugalah syaitanirojim akan mencelah diri untuk ambil bahagian. Jom layan video video dari Ustaz Syakirin  sekejap. Moga kita dapat sedikit ilmu sewaktu lakukan haji dan umrah di 2 kota suci Mekah & Madinah. Seperti yang maq pernah kongsi pengalaman umrah maq pada post tahun lalu, 2 kali maq buat umrah dengan 2  agent travel, 2 kali juga kami dituka...