Peria masak lemak untuk berpantang

 Assalamualaikum.

Boleh ke makan sayur lemak waktu pantang?Maq dulu cuma terfikir bahawa kalau masak lemak tu mesti masak dengan santan kelapa.

Tapi sejak dah tak guna santan kelapa asbab penyakit  kolestrol tinggi yang maq ada ni.Akhirnya timbul menu special waktu Along berpantang kali ni.Iaitu peria masak lemak.

Bahan²nya,

Sayur peria

bawang merah dan bawang putih

ikan bilis.

Susu cair saji

Halia -nak letak boleh tak letak pun boleh.

Cara²;

potong sayur peria seperti biasa.

Tumbuk semua bahan² kecuali susu cair.

Masukan peria dalam kuali,masukan bahan tumbuk dalam kuali,masukan juga susu ikut keperluan anda.Kalau pekat,masukan sedikit air.

Masak api kecil.Dah mendidih ,masukan sedikit garam ,balik balikan sayur.Tutup api.

Dah siap.


khasiat peria untuk wanita berpantang - boleh menambahkan lagi susu badan.

Sayur Maq nampak berminyak sikit kuahnya?ye..sebab along dah nak masuk sebulan berpantang, jadi maq tumiskan bahan bahannya  dengan sedikit minyak supaya Along tak bosan dengan resepi resepi yang sama hari hari.

Sayur peria ni dimakan bersama nasi, serunding halia dan ikan cencaru bakar. 

Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Himpunan Doa Arafah 2025

Berkorban Apa Sahaja

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Diam Diri Umat Akhir Zaman

Santai Petang Di Kuala Lumpur