Assalamualaikum.
7 Julai dah berlalu. Tahun ni sama je macam tahun lepas, sambut birthday dalam suasana PKP C19. Tapi tahun ni lagi dasyat,sambut dalam suasana lock down 3.3 .
Apa lock down 3.3? Orang Malaysia je tahu,orang negara lain mereka takkan pernah paham.
Well done kata omputeh !
Hadiah birthday tahun ni?
Makan makan anak beranak je.Tu pun buat kat rumah.Dah lama tak makan luar kan. Makan makan nya dibuat lebih awal sebab masing masing nak sambut awal. Hehhe apa pun tokleh!
Antara makanannya yang kat bawah ni,yang lain tak sempat nak ambil gambar.
Mamasab - produk kegemaran maq
Terima kasih anak anak dan anak anak menantu yang sponser .
Maq tokleh makan banyak sebab 12hb nanti nak check darah kat klinik kesihatan. Kena kawal kualiti darah.. **kononnya je tu , padahal balun je semua yang ada kat atas meja.
Apapun terima kasih berkongsi rezeki.Moga terus diberi limpahan rezeki yang tak putus, rezeki yang halal ,barokah dan membawa kesyurga.💕
Thanks jugak kat adik perempuan sebab dah beri hadiah idaman maq selama ni. Semoga berlipat ganda lagi rezeki beliau sekeluarga.Terima kasih ,💕
senyum simpul tok maq bila dapat hadiah🤭
Berterapi lah kita lepasni . Insyaallah..
Dan untuk pertamakalini, setelah setahun berjinak dalam bisnes amway, bulan Julai ni maq dapat hadiah dari founder amway kami .
Reward Jun 2021 untuk maq. Tak sangka pulak boleh tersenarai dalam list. Semoga Allah beri rezeki yang berganda lagi buat leader yang sponser reward ni. Terima kasih ,💕
Alhamdulillah.
Paling tak lupa dapat ucapan dan doa dari saudara mara terdekat , yang jauh,jiran tetangga ,sahabat alamaya. Dan tak lupa dari kawan kawan sekolah rendah & menengah.
Terima kasih untuk doa doanya. Moga Allah makbulkan ,🤲 aamiin...
kawan² sekolah menengah
Atas tu sebahagian dari nama nama kawan kawan sekolah yang sempat maq balas. Terima kasih semua ,💕
Alhamdulillah.Hadiah itu tanda penghargaan sesaorang kepada diri kita .Tanda dia ingat kat kita.Besar ,kecil, tetap dipanggil penghargaan . Hargailah penghargaan itu,🥰
Comments