Skip to main content

24 Julai 2021

 Assalamualaikum.


Harini birthday Aida anak perempuan maq yang nombor 3. 2002-2021 itulah umur Aida harini.Alhamdulillah..


Seboleh boleh dia suruh nyanyikan lagu birthday ,so kenalah ayah dia belikan kek comel tu (saiz 4inci je) untuk dia makan sengsorang dan emak dia pulak jadi tukang nyanyi , haha hancur..


Nak tahu tak apa hajat usu pada birthday dia tahun ni? Layan video kat bawah ni kejap.


Allahhu..bisa bikin pusing ini gadisku..

Cerita ke dua 24 Julai 2021

Harini dalam sejarah hidup maq.Hari maq diarah ambil vaksin. Maq dapat sesi petang (3pm) alhamdulillah orang tak ramai pun.

Maq sampai dewan 2.13pm -2.25 pm dah siap semua.


temujanji dari mysejahtera.


Last proses selepas dicucuk. Masani tengah tunggu dapatkan  tarikh dos ke 2.Masa ni juga barulah dapat ambil gambar sebab kat sini lama sikit dapat duduk. Dalam 15minit macamtu. Sebelum tu duduk kejap dah gerak,duduk kejap dah  gerak. Servis sangat tip top kat Uthm ni. Terbaik 👍


Menarik rekabentuk bangunan ni. Dalam perjalanan ke tempat parking ,sempat ambil gambar.


Alhamdulillah.. semoga vaksin yang masuk ke badan ini menjadi asbab kebaikan pada tubuh badan dan hati ini menjadi lembut untuk mempertingkatkan ketaatan kepadaNYa. 


Pesan maq untuk diri sendiri dan para readers ,Jangan jadikan kepercayaan kepada vaksin melebihi keyakinan kita kepada Allah SWT.

Malaysia ! kami sudah bersedia !

 Pfizer dos ke 2 pada 14 Ogos pulak nanti ,inshaallah..


Comments

  1. Tahniah dah dapat vaksinasi
    Hb buat Aida

    ReplyDelete
  2. WP ,alhamdulillah,terima kasih wak..

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday buat anak dara Maq, dana tengah tunggu masa untuk vaksin pada rabu ni kak, debar pulak rasanya... moga di permudahkan semuanya buat kita

    ReplyDelete
  4. thank you Dana.
    ye macam akak haritulah ,tak pasal pasal rasa berdebar² bila dah sampai masanya hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips Nak Dapat 190 Pahala Dengan Mudah

  Bismillah, Mungkin ada yang dah tahu tips yang dimaksudkan pada tajuk entri maq kalini. Tapi untuk mereka yang belum tahu atau yang dah ingat ingat lupa.Jom amalkan tips ini. Cara untuk dapatkan 190 pahala dalam sekelip mata ialah dengan membaca ayat dalam gambar dibawah ini. Satu huruf yang disebut dalam Al Quran ,Allah dah janji akan diberi 10 pahala.So bila baca bismillahirohmanirohim dalam huruf hijaiyiah ( huruf dalam quran) bismillah itu ada 19 huruf.Korang buatkan je kiraan matematik (19x10 =190) so sekelip mata 190 pahala dah transfer ke akaun pahala korang! Seronok kan? Itu untuk sekali bacaan.Kalau setiap perbuatan kita mulai dengan bismillahirohmanirohim? Nak duduk ,baca Nak tidur ,baca Nak keluar rumah,baca.. Menyapu ,baca Memasak,baca Makan ,baca Minum,baca Pegang fon,baca  Senang cakap ,semua perbuatan dimulai dengan bismillahirohmanirohim. Setiap hari,sepanjang usia.Korang rasa berapa juta pahala korang boleh kumpul ek?Buanyaaaakkk tu!Masyaallah.. Allah maha b...

Start Brisk Walk Untuk November

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah,setelah beberapa ketika tak dapat nak brisk walk. Harini 09/11/2026 dengan izin Allah,akhirnya dapatlah kami aturkan langkah brisk walk kami semula. Pukul 6.35am Maq dan encik suami dah sampai dilokasi.Rindu sangat suasana kat sini actually 😢 Alhamdulillah,cukuplah hasil jalan jalan untuk permulaan bulan November ini. Selain dapat keluarkan peluh peluh malas, dapatlah jugak melepaskan rindu pada bau pokok pokok ,suara burung burung dan menghirup udara segar dikawasan tasik "kenapa" .❤

Kenyataan Lembaga Tabung Haji Berkaitan Badal Haji

  Bismillah, TH TIDAK MENGIKTIRAF MANA-MANA PENGENDALI BADAL HAJI Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan bahawa TH tidak pernah memberikan pengiktirafan atau sokongan rasmi kepada mana-mana pengendali perkhidmatan badal haji.Dakwaan sebaliknya oleh mana-mana pihak di media sosial adalah tidak benar dan mengelirukan. Orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan dakwaan melalui saluran rasmi TH. TH berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap penyalahgunaan nama dan logonya. Sumber : page  Facebook Tabung Haji

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

  Bismillah, Jika anda rasa post ini penting,boleh teruskan bacaan.Dan jika rasa tak perlu,abaikan sahaja. Televisyen negara Iran telah mengeluarkan amaran kepada warganegara mengenai apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku serangan nuklear: *Jangan melihat cahaya terang daripada letupan itu. *Jika anda berada di luar dan tidak dapat segera masuk ke dalam bangunan, berlindung di sebalik penghalang, baring di atas tanah, dan lindungi kepala serta wajah anda. *Selepas gelombang kejutan berlalu, masuk ke dalam bangunan terdekat; jangan berada di luar untuk menonton atau merakam, dan jangan mencari perlindungan di dalam kenderaan. *Setelah berada di dalam, menuju ke tingkat bawah atau bahagian tengah bangunan, jauh dari tingkap dan dinding luar. *Tutup semua pintu dan tingkap, dan matikan penghawa dingin atau sebarang sistem pengudaraan yang menarik udara dari luar. *Jika anda telah terdedah kepada persekitaran luar, tanggalkan pakaian luar anda tanpa menggoyangkan sebarang habuk da...

Tiktok Beri Kesedaran

  Bismillah, Doktor KKBP suruh Maq main fon untuk legakan stress supaya tekanan darah tinggi Maq boleh dikawal. Akibatnya ,Maq dah jadi semakin kerap online laman sosial.Kalau korang biasa dengan laman sosial Maq,Tiktok dan facebook Maq dah rancak aktif. Bila free je Maq akan update video atau status kat facebook dan tiktok.What's on your mind? Hahaha sengaja le tu nak ajak orang buang masa! Tapi apa usaha Maq supaya Maq tidak online dengan sia sia? Kalau dulu Maq akan update iklan jualan produk kononnya nak cari duit poket tapi sekarang tak lagi. Pada Maq secara peribadi,biarlah Maq update kata nasihat yang boleh buat merawat jasmani dan rohani untuk Maq terutamanya dan buat mereka yang sudi nak baca dan tonton semua video Maq. Mungkin korang tak percaya kalau Maq akan tonton semula semua video dan status lama yang Maq dah post dari tahun tahun sebelumnya. Video ke,gambar ke,posting blog ke,memang Maq akan buka semula.Atleast apa yang Maq pernah update tu biar Maq tak lupa.Maq aka...

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan ...

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

  Bismillah, Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabat bertanya : "Apakah penyakit-penyakit terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab : "Penyakit-penyakit itu ialah; 1. Terlalu banyak bersukaria 2. Terlalu bermewah 3. Asyik mengumpul harta 4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia 5. Saling memarahi 6. Hasut menghasut sehingga zalim menzalimi. Hadith Riwayat al-Hakim dengan Isnad Sahih (7404). Sahih menurut az-Zahabi. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Nasihat Ustaz

  Bismillah, Sedikit perkongsian. 1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat, 2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah, 3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya, 4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal, 5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat 4 rakaat, 5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur, 6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal. 7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dalam setahun, 8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari. 9. Makin kita berumur, zikir kena banyak, 10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. 11.Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga. Sumber : Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

  Bismillah, Sila tonton video dan ikut setiap arahan yang diberikan.Lakukan 10-15 minit atau mana yang korang termampu. Katanya cara ini boleh turunkan tekanan darah tinggi dengan lebih cepat.Serius lah!? Jom lah cuba !  ❤ **Kalau korang nak set kan 10-15 minit, ikut je step kat  Video ni, tonton ulang ulang sampai cukup masa yang korang nak.  ( <~ klik )

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...