Skip to main content

Melaka - Lebih 5 Kilometer Berjalan kaki!


Assalamualaikum.

Masih kisah jalan jalan di Melaka. Kali ini pengalaman paling menarik maq dan keluarga. Selepas santai santai sebentar dan merempuh kesesakkan jalanraya di Pantai Klebang, kami berempat pun menuju ke Bandar Hilir dalam pukul 5lebih masatu. Sampai disana , apa yang kami fikirkan masih lagi,


" nak parking kereta dimanakah?"


Melaka merupakan salah satu negeri terkecil di Malaysia. Selain kawasan terhad ,jalanrayanya sempit, bangunannya, penduduknya, pengunjungnya padat dan yang  paling jelas , pada pendapat maq ,jalanraya Melaka 1970an masih sama je dengan jalanraya Melaka 2019an.


Takda apa apa perubahan langsung. Mereka masih kekalkan semua binaan lama yang mempunyai sejarah tersendiri. Dan ada juga bangunan bangunan yang tidak diketahui pemiliknya ,maka ianya gagal untuk dinaik tarafkan sehingga sekarang. Ini antara info yang pernah maq baca.


Sekarang Melaka sudah ada daya tarikan pengunjung disepanjang  Sungai Melaka. Dan kali ini kami berempat memilih tepi sungai Melaka sebagai tempat yang bakal dituju untuk santai santai.

Bahagian kanan sungai

Bahagian kiri sungai

Cantik kan? Maq memang teringin nak menikmati suasana permai sungai sambil menyusuri tebing sungai Melaka itu .

Tapi kami tak pilih nak naik Cruise disebabkan masa yang tak berapa nak panjang dan kami kena balik ke Batu Pahat pada malam itu jugak.

Santai santai dengan Cruise makan masa hampir 45minit dengan harga rm 25/seorang. Nak kena tunggu penumpang penuh baru cruise bergerak. Memang makan masa sikit. Lainlah kalau kami check in di mana mana hotel dikawasan situ ,mungkin kami akan naik Cruise tu kot.


Insyaallah ,lain masa - kata encik suami sebagai ayat penyedap hati ..


Ye, Kami pilih untuk berjalan kaki sahaja sambil selfie dengan pemandangan pemandangan yang menarik disitu.Apa?? Jalan kaki? Wahh!!Nak tahu kami mulakan berjalan kaki dari mana ? Okey bermulalah episod jalan kaki tersebut.


Bila encik suami pilih untuk letak kereta di Jalan Melaka Raya 3 , berhadapan DHL , Anak kedua maq (ety ) beritahu ,mengikut map google , kami kena berjalan kaki 500meter untuk ke Dataran Pahlawan, kemudian masuk kekawasan Bandar Hilir ,melalui Pahlawan Melaka Mega Mall.


Dan okey , kami semua bersetuju. Ketika itu kawasan letak kereta sangat sangat kritikal. Semua tempat penuh dengan  kenderaan dan padat dengan manusia. Apakah? Yes this is Melaka !


Selepas dapat parking ,kami berjalan menuju ke kawasan Terminal Pahlawan untuk " lepaskan hajat " , dalam bangunan tu tandasnya pun jauh kedalam , so ambil jugak masa hampir 20minit untuk sambung perjalanan . Keluar dari terminal ,kami masuk ke kawasan Dataran Pahlawan pulak.



Naik atas dataran , barulah lengang. Kelihatan beberapa orang petugas sedang mendirikan  knopi yang katanya esok ( 16/9/2019) ada program larian disitu. Waallahua'lam.


Nampakkan maq paling terakhir berjalan. Sebab bagi maq nak laju laju bukan ada orang tunggu pun kat dataran tu. Haish..lenguh kaki pun dah terasa jugak masani , dari ronda ronda di Mydin kemudian ke pantai Klebang ,kini ke bandar Hilir pulak , hahaha sempot uii !


Selepas merentas Dataran Pahlawan kami masuk ke bangunan Pahlawan Melaka Mega Mall . Fuhh barulah dapat sejukan badan, tapi masih tak singgah mana mana pun sebab masing masing nak lelaju menuju ke sungai. Sempat je lalu kat Jom Coffee tu tapi cuma lalu jeeeekk..😭


Ingatkan adalah orang berhenti lepastu belanja maq " mai kopi secawan"  , hmmm jangan mimpilah, mereka jalan terus je menonong..😞


Dan bila dah turun tangga mall tu , akhirnya kami sampailah dihadapan Afamosa ,bangunan bangunan sejarah dan yang sewaktu dengannya. Maq tak berhajat nak jalan jalan ke bahagian atas bukit tu tapi kami  terus pilih untuk ke kawasan sungai.


Disepanjang perjalanan , kami dimeriahkan dengan aksi penarik Beca dan alunan muzik! Pengunjung! Penjual cenderahati! Dan Pejalan kaki yang banyak bunyi 😂. Apa yang kami jumpa lagi disepanjang  jalan nak menuju ke Sungai Melaka? Haaa lihat bawah ni.











Okey antara benda yang maq jumpa ,ada dalam gambar diatas tu. Gambar last tu adalah persimpangan untuk ke Jalan Jonker . Apa yang menarik di Jonker?






Ye, disini pelbagai barangan tradisi melaka ada dijual seperti gula melaka, kuih kuih tradisi melayu,cina dan baba melaka. Dan dalam lorong yang agak sempit itu juga , terdapat berbagai bangsa ,berbagai kaum dan berbagai warganegara berkunjung disitu. Sangat meriah dan harmoni sekali. Mereka saling tegur menegur dalam urusan jual beli.


Tiba tiba maq  terus teringat pada sejarah bermulanya perdagang pedagang seluruh dunia datang berdagang di Tanah Melayu. Ye..semuanya bermula dari Melaka. Allahhu.


Sebenarnya sebelum kepersimpangan galeri Jonker kami sempat bergambar di tepian sungai Melaka tu . Banyak sangat tempat yang disinggah sampai lupa pulak kawasan ni hehehe.






Tu diaa...hampir kelupaan hehe. Lepas posing didinding berlatar belakangkan ukiran pahlawan melayu tu , barulah kami ke Jonker street dan jalan jalan tepi sungai. Suasana sangat damai biarpun ramai orang disitu. Tapi kawasan ni kalau bawa kanak kanak kena hati hati sedikit sebab tepi tebing tu takda pagar apa pun yang menjaminkan  keselamatan.







Sebenarnya banyak gambar maq ambil ditebing sungai ni,tapi disebabkan dah letih , gambar semua tak berapa elok nak simpan. Goyanglah ,kaburlah ,sengetlah.


Dan waktu kami putuskan untuk balik ke kereta , jam telah menunjukan ke angka 6 lebih . Tiba tiba Ety menjerit , "heyy kita dah berjalan lebih 4kilometer dalam masa 1 jam ni??What !!? 


Hmm  patutlah letih dia lain macam sikit maq rasa. Macamana nak balik ni?? Kena jalan 4kilometer semula lah ye kalau kita lalu jalan yang serupa?? Totalnya 8kilometer, Allahhuakbar.Ety pun buat carian google map untuk cari jalan pintas.


Ety:  "Ada satu jalan kat belakang ni, Jalan Mahkamah ,nanti boleh bawa kita ke tempat ayah parking kereta tadi. Tapi kena jalan 1 kilometer lah. So mak nak buat U-turn atau jalan ikut jalan belakang? "

 Maq : " kalau U-turn kena jalan 4km ,kalau jalan belakang  jalan kaki 1km ? Kita lalu jalan belakang jelah. "


Bila semua orang setuju,kami pun jalan kakilah ikut jalan Mahkamah tu. Nak tau apa kisahnya? Hahaha jalan tu jalan sehala. Kami  berjalan melawan arus. Paling seram takda seorang manusia pun jalan kaki kat jalan tu ,kecuali kami berempat ! Seram gila! Lagi seram ada banyak rumah lama yang kosong ,yang buruk. Sunyi sepi.


Kami lalu Malacca High School . Kami lalu kubur belanda ,kami lalu macam macam tempat yang kami tak jangka akan jumpa hahahaha dah la hari hampir gelap , dah nak azam maghrib dah masa tu. Kami jalan tanpa henti tau. Maq lah paling corot berjalan..maklom enjin dah buruk ,kena jalan pelan pelan hehehe..


Laluan yang kami pilih.Chris Church -jalan Mahkamah - jalan Chan Koon Cheng - terus ke jalan Melaka Raya 3 ( lalu tepi hotel ) 😂



Haa kau rasa ? Seram tak seram jalan sunyi macamni ! Yang paling last jalan tu siapakah? Hahaha aduhai


Tanpa edit, inilah keadaan senja ketika kami lalu dihadapan sekolah yang dibina pada tahun 1824 itu. Sunyi dan sepi dipersekitaran sekolah dah buat langkah kami semakin laju Hehehe


Kubur belanda. Tak sanggup nak ambil gambar kuburan tu sebab takut hantu belanda tu ikut balik hahahah


Okey done, kami dah berjalan dalam kiraan 5kilometer dalam masa 2jam !!


Ini adalah pengalaman. Anda jangan ikut cara ini ,kerana ianya sangat merbahaya. Bila dikenang semula, biarlah berjalan jauh sikit , asalkan ramai orang dan banyak cahaya lampu. Biar lambat asalkan selamat.


Apapun alhamdulillah , ketika azan maghrib ,maq dan family dah berada dalam kereta kami. Cuma..cuma kaki dan anggota badan dah rasa lain macam sikit. Macam nak terkucil tapak kaki maq.  Mana tidaknya bermula dari window shopping kat mydin , lepak lepak di pantai Klebang ,jalan jalan di bandar Hilir dan jalan kaki lalu jalan belakang hahahaha. Pertama kali maq jalan kaki sejauh ini.


Anda rasa apa jadi kat maq selepas itu ? Tunggu entri akan datang pulak ye..heeeee.. Bak kata  orang Melaka,merecik peluh hawaw!😂


Nota maq :  terima kasih sebab sudi baca..❤

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...