Skip to main content

Menjemput Keberkatan




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TANYALAH USTAZ TV3 2019-ISTIMEWA MAAL HIJRAH

(Da'i Hilman&Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud)



MENJEMPUT BERKAT

Yang paling penting kita merenung apakah kita ini jadi hamba Allah yg benar² hamba atau hamba yg jauh dari Allah.


Hari ini kita ambil semangat hijrah.Hijrah ini bukan satu yang senang. Satu Muharam kita nak ambil semangat hijrah sikap, hijrah minda, hijrah tindakkan. Kita tak boleh tertinggal minta keberkatan dari Allah. Ketika kita bertemu para sahabat kita beri salam, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته bermakna kita bermohon keberkatan dari Allah utk sahabat kita.


ADA 2 SYARAT SESEORANG ITU DAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH:

1)Beriman

2)Orang yang bertaqwa.

BAGAIMANA KEBERKATAN ITU TURUN PADA DIRI KITA,KELUARGA DAN REZEKI?

Maksud berkat ialah sesuatu kebaikan Allah berikan atas apa pun yg kita miliki (contoh  keluarga, duit gaji yg Allah beri dan dalam masa sama Allah beri keberkatan).

Benda yang baik tak semestinya banyak tapi keberkatan itu pada jasanya yang banyak. Ada org yang umurnya tak panjang tapi berkat.

Imam Al~Nawawi hidup 40 tahun tetapi jasa beliau pada islam begitu besar. Kitab² beliau menjadi rujukkan hingga hari ini.Walaupun umurnya 40 tahun tapi memberi jasa impak maksima.

BERKAT ITU MAKSUDNYA IMPAK MAKSIMA.

APAKAH HIJRAH DALAM KEBAIKAN FAKTOR NIAT DAPAT KEBERKATAN?

Niat menjadi penentu dalam ibadah. Niat menentukan amalan itu beri pahala atau tidak.

Sesungguhnya amalan kita ditentukan oleh niat.
Jika dia berhijrah kerana Allah dan Rasul bermakna hijrahnya kerana Allah dan Rasul. Bila kita nak buat baik ini bukan mudah. Sudah pasti ada bisikan².

BILA KITA NAK BERUBAH CABARANNYA BESAR.

Contoh sahabat artis kita yang tak tutup aurat dan sekarang dah tutup aurat tapi tiba² tawaran pula banyak dan jika niatnya jelas kerana Allah, dia akan berfikir bahawa rezeki itu bukan tawaran itu sahaja. Rezeki Allah itu luas.

SETIAP SESUATU YANG TIDAK DIAWALI DGN بِسْمِ اللَّهِ TAK ADA BERKAT, APA KAITAN BERKAT DENGAN
 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم?

Memuliakan perkerjaaan dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ini adalah satu yang mulia (berzikir) Kerja kita itu seperti Allah memandang kita. Apabila akidah kita dipasakkan dengan  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم walaupun pekerjaan itu terlindung dari pandangan manusia tapi tidak pada pandangan Allah. Kita mudah kecewa, kita dah buat betul² kerja tapi tak dapat pujian manusia.


Orang yang berakidah dengan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم pemberi khidmat cemerlang pada kita ialah Allah. Walaupun kita tak dapat pujian dari manusia, kita dapat pujian di akhirat. Mulakanlah kerja kita dengan  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم mudah²an berkat.

APA KAEDAH YANG TERBAIK UNTUK DAPAT REZEKI YANG BERKAT?

Kerja kita mesti amanah dan ikut peraturan.
Tak akan berkat kerja yang haram. Bila kita kerja kita terima gaji rm3000 kita mesti kerja macam gaji kita rm3000 (kerja rajin). Jika kita kerja seperti kerja rm500 (malas) dan kita ambil gaji rm3000 inilah gaji yang tak berkat. Gaji tak cukup. Untuk dapat gaji yang berkat ialah dengan kerja bersungguh~sungguh. Allah dan Rasul suka orang yang bekerja bersungguh~sungguh. Inilah pintu keberkatan.


APA YANG PERLU DIHAYATI KETIKA SAMBUT MAAL HIJRAH DAN APA YANG PERLU DIINGATI?

Acara Maal Hijrah mendorong kita mengkaji semula kitab² sirah dan baca semula sejarah hijrah. Nabi ketika berhijrah ke Madinah, Nabi buat 3 perkara ini:

1)Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar (jangan bergaduh sesama sendiri)

2)Bina masjid (hidup kita jangan terpisah dgn masjid atau surau) Kita boleh muhasabah diri bila kali terakhir kita ke masjid.

Ketua keluarga yg terbaik adalah yg solat berjemaah di masjid atau surau terutama pada solat subuh.

3) Ubah perlembagaan Madinah (menyatu padukan seluruh penduduk Madinah) kita nak berubah kita mesti ada suasana. Suasana merangsang perubahan.


BAGAIMANA UTK JEMPUT KEBERKATAN DALAM PELAJARAN?

Abdullah bin Mubarak belajar adab selama 30 tahun,selepas itu baru belajar ilmu. Hari ini kadang² guru masuk kelas dulu, murid masuk lambat. Imam As~Syafie sangat beradab dgn guru. Beliau buka helaian kitab dengan cara yang  paling pelahan,inilah adab orang soleh. Agak malang ada pelajar yang tanya guru bukan kerana nak tahu tapi bertanya dengan tujuan sengaja utk uji para guru. Kita bimbang inilah peluru² syaitan. Bimbang utk menunjukkan kemasyuran diri (rasa dia yg paling tahu) Inilah belitan² syaitan.

SETIAP KALI SOLAT JANGAN LUPA DOAKAN GURU² KITA.

JAGA IBU AYAH MERUPAKAN KUNCI KEBERKATAN DALAM HIDUP. ALLAH PERINTAH SUPAYA KITA TAAT ALLAH DAN TAAT KEDUA IBUBAPA KITA. CELAKA ORANG YANG ADA KEDUA IBUBAPA TAPI TAK DAPAT SYURGA.


SELAGI MANA IBU AYAH KITA BELUM SAKIT TERLANTAR, INI BERMAKNA KITA BELUM LAGI DIUJI.

Nak berbakti dgn ibu ayah ialah dgn bercakaplah dgn suara yang lunak. Jangan lupa doakan ibu ayah kita. Cukupkan keperluan ibu ayah mudah²an itulah jalan ke syurga.

KADANG² KETIKA WAKTU KERJA, KITA MAIN HANDPHONE, BAGAIMANA NAK BERSIHKAN BENDA NI?

Kita tak dapat elak dgn teknologi. Dalam tempoh kita sedang bekerja, pastikan kita bekerja dgn amanah yg diberikan. Ada waktu² kita boleh tengok hphone sekejap. Yg paling penting, selesaikan kerja dulu.Tak salah buat bisnes on line dan eloklah buat diluar waktu pejabat.

KALAU REZEKI HARAM, JUDI DAN PELACURAN ITU HARTA TAK PATUH SYARIAH. HARTA INI MESTI DIBERSIHKAN DGN SERAHKAN PADA PIHAK BAITULMAL.HARTA INI AKAN DIGUNAKAN UTK UMUM.

Kita tak boleh guna duit judi utk tujuan peribadi.
Mesti  buat bertaubat nasuha.

DOA IBU DOA YANG MAKBUL TAPI MASIH TAK MAKBUL APAKAH KERANA DOA IBU TAK BERKAT?CARA ALLAH MAKBUL DOA:

1)Allah beri atas dunia.

2)Allah tangguh dan Allah beri di akhirat.

3)Allah tak beri seperti apa yang kita minta,Allah beri cara lain dengan selamatkan diri dari musibah.

JANGAN PUTUS BERDOA DAN BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH.

Ibu ayah yang buat perubahan diri dengan tambah buat amalan, mudah²an semua itu akan beri kebaikan pada anak² nya juga.

APAKAH AMALAN KEBERKATAN YANG ALLAH SUKA?

Jaga silaturrahim. Jangan bergaduh dengan orang dan jangan cari pasal dengan orang. Sambungkan silaturrahim. Silaturrahim ialah yang ada jalur darah dengan kita : contohnya  pak cik, mak cik dll. Dan jaga ukhwah sesama islam. Hati² kita bimbang tak dapat keberkatan kerana sibuk cari keburukkan orang. Bawa dalam diri ada perasaan belas ikhsan.

Nabi paling banyak senyum.

Cuba kita tengok diri kita, bagaimana kita salam dengan sahabat kita apakah kita salam dengan melihat mukanya atau memalingkan muka kita.
Kita meraikan orang dan kita permudahkan orang.

BETUL KE KALAU KITA DIUJI TANDA ALLAH SAYANG ATAU HIDUP TAK BERKAT?

Bila kita ditimpa ujian, Allah nak kita muhasabah diri. Bila kita diuji itu tanda Allah kasih pada kita.BILA KITA DIUJI KITA UNDUR DIRI DAN KITA BUAT PERUBAHAN DIRI.Yang kita bimbang makin diuji kita makin tak sedar diri.

APAKAH AMALAN HARIAN UTK JEMPUT KEBERKATAN?

Barangsiapa yg bertaqwa pada Allah pasti Allah beri jalan keluar dan Allah beri rezeki yg tak disangka~sangka.

Ada pasangan yang belum dikurniakan anak dan minta nasihat dari Hasan Al~Basri dan Hasan Al~Basri kata perbanyakkan istighfar. JANGAN TINGGAL ISTIGHFAR.


Hasil dari Copypaste ❤


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...