Skip to main content

Timun Tua


Assalamualaikum.

Lihat gambar dulu...


Ini sejenis buah buahan kah  atau sayur sayuran kah ? Bila maq cari digoogle ,rupanya ia sejenis sayuran. Namanya timun tua. Maq nak kenal nama sayur ini pun kena cari di google dulu sebab ini pertamakali sayuran ini ada dirumah maq.

Nak tergelak pun ada juga , maq hidup berumah tangga dah nak masuk 26 tahun , sekali pun maq tak pernah beli timun ini. Paling kelako bila maq guna nama "timun coklat" masa nak search digoogle ,hahaha sedih pun ada  tau .

Sayur ini Puan besan maq yang beri semalam. Alhamdulillah. Agaknya kalau beliau tak bagi lah kan  , sampai bila bila pun maq tak kenal buah/ sayur dalam gambar tu. 😂.

Tadi masa nak masak ,maq pun search google lagi. Rupanya buat sup sedap. Sebab timun tua ni jenis sayur 'sejukkan badan'- anda mungkin paham maksudnya.

Selain tu amat elok untuk pesakit tekanan darah tinggi , kerana ia boleh stabilkan tekanan darah. Kesahihannya? Waallahua'lam , tu google yang cakaplah kan.

Untuk makan tengahari tadi ,maq pilih masakkan berkuah untuk timun ini. Sup timun tua!



Bahan sup :

Bawang putih
Lada sulah
Karot
Batang saleri
Timun tua
Sedikit soon
Serbuk pati ayam
❤semua sayuran dipotong kecil. Maq tak pernah masak , mulanya maq kupas kulit timun tu, padahal tak payah kupas kulit pun. Cuma belah 4 ,buang biji dibahagian tengah dan potong lah ikut suka.

❤Rendam soon.



❤Tumis bawang putih sampai kekuningan ,masukan air secukupnya ,dah didih masukan sayuran yang dah dipotong tadi.

❤Bila dah mendidih buat kali kedua ,masukan garam , serbuk pati ayam, soon  dan serbuk lada sulah. Siap!



Atastu gambar dari hasil kejadian. Memang sedap. Maq lawankan dengan sambal lada hijau homemade ,nasi putih dan ikan kembung goreng..

Fuh ,Padu..❤❤


Alhamdulillah.
Terima kasih Allah
Terima kasih Puan Besan
Terima kasih google.

Nak tahu khasiat lain timun tua ni? Sila rujuk kat google. Nak tahu siapa besan maq? Lihat gambar bawah ini.😍😎



Pasangan yang suka melancung dalam dan luar negara. Semoga Allah merahmati pasangan besan maq ini.. Aamiin ya Robbal alamiin.


Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Selamat Tinggal Mak Tok

Mak Uteh Cover Kesedihan Kakaknya

Cara Nak Claim RM 100 Renew Passport Haji

Wanita Istimewa Bernama Siti Khadijah

Cara Bacaan Hamzah Wasal

Israk Mikraj 1446H

Susu Cair Ganti Santan

Sembang Pasal Haji

Iltiqa' Sakinain

Ainul Mardhiah Tamat Sekolah Pra