Skip to main content

Rindu Bukan Paksaan

Masyaallah , agak lama jemari ini tak menaip. Sebelum lena diulit mimpi, ada sesuatu yang terbuku yang perlu dilepaskan disini.

Subhanallah , tadi, masa azan isyak berkumandang ,tetiba hati ini jadi sayu. Airmata laju sangat alirannya. Tak boleh ditahan tahan lagi.


Seminggu ini encik suami kerja shif malam dan tiba tiba tadi , maq rasa bersalah sangat sangat kat beliau.

Kalau minggu lepas , beliaulah orang yang pertama siap siap  selepas setiapkali azan. Tapi minggu ini , ketika azan ,beliau sedang dibasahi keringat kerana mencari nafkah demi sesuap nasi untuk anak isteri dirumah. Bukan 8jam tetapi 12jam . Bukan sehari, tapi 6hari dalam seminggu.


Ya Allah..kenapa baru harini terasa terlalu besar pengorbanan encik suami buat kami sekeluarga? Sayunya hati ni. Sebak dah buat dada terasa bengkak. Dari awal solat sampai habis solat airmata tak henti mengalir. Rasa diri berdosa sangat sangat. Kenapa semua ini maq nak rasa malam ini? Kenapa sebelum sebelum ni tak rasa gini? Terlalu lama. Hampir 26tahun maq dan anak anak jadi tanggungan beliau. Dan kerja dalam masa 12jam itu bukanlah  satu masa kerja yang singkat.

Lepas balik kerja pukul 7.00 pagi, encik suami akan terus menuju ke pasar basah  untuk belanja lauk kami sekeluarga. Sampai dirumah, beliau akan bersihkan semua ikan/ayam yang dibeli dan terus disimpan dipeti sejuk. Bila maq sedang siapkan sarapan, beliau akan tolong siapkan basuhan dimesin basuh.

Lepas bersarapan ,beliau akan berehat sambil menonton tv sebelum  tidur . Kadang kaki beliau cramp sebab sudah berdiri terlalu lama masa kerja malam tu. Kalau cramp , Allah je tahu sakitnya macamana. Walaupun selepas maq sapukan krim/minyak panas ,ianya akan pulih tapi rasa sakit itu akan tetap rasa sakit.

Allahhuakhbar...😭

Ketika maq anak beranak sedang lena tidur , encik suami bertungkus lumus bekerja menjaga mesin mesin yang mana risiko bahaya sangat tinggi. Kesejukan dalam dingin malam. Mengantuk yang ditahan tahan. Letih yang bertimpa usia. Lapar dan dahaga bukan rahsia. Malam hanya kedai mamak 24jam je yang beroperasi sedangkan encik suami tak biasa dengan airtangan mamak. Bekalan makanan yang dibawa dari rumah tadi hanya untuk makan rehat pada pukul  10malam. Berbaki 8jam perlu diisi dengan apa? Ya Allah yang Maha Menjaga dan memelihara , Jaga kan dia untuk aku dan anak anak..😭



Sayang ,maafkan saya,  saya bukan isteri yang sempurna.

Terima kasih Allah untuk rasa ini..
Rasa berdosa,
Rasa sayu,
Rasa pilu,
Rasa rindu yang bukan dipaksa paksa.😭

Comments

POPULAR POST THIS WEEK

Selamat Tinggal Mak Tok

Mak Uteh Cover Kesedihan Kakaknya

Cara Nak Claim RM 100 Renew Passport Haji

Wanita Istimewa Bernama Siti Khadijah

Cara Bacaan Hamzah Wasal

Israk Mikraj 1446H

Susu Cair Ganti Santan

Sembang Pasal Haji

Iltiqa' Sakinain

Ainul Mardhiah Tamat Sekolah Pra