Assalamualaikum.
Bila Ainul Mardhiah ( cucu maq ) dah berusia 17bulan, nampak dah banyak kelainan yang dia buat. Ainul lebih suka ikut gelagat orang keliling dia.
❤membaca sambil baring disofa.
❤ketawa bila tonton cerita lucu ditv atau di fon. Kadang tak lawak pun dia bantai gelak.
❤jawab panggilan talipon. Padahal fon tu tak bersuara apa pun. Lagak je lebih.
❤ tidurkan "baby" . Soft toy dia dipanggil 'baby'.
❤ dah pandai cakap tak nak kalau memang dia tak suka atau tak mahukan sesuatu.
Bawah ini antara gambar ainul diusia 17bulan.
Menulis pakai pita ukur jek? Bila maq larang dia guna ballpen, pita ukur adalah bahan utama yang sesuai untuk protes tok mak dia haha
Permainan ini paling dia minat tapi ada syarat! Jangan masukan duit,nanti permainan tu bergerak gerak ainul menangis. Dalam hati tok mak :
"Alhamdulillah , jimat duit saya.. " 😂
2hari lepas , Ainul kena tahan diward. Kerana hampir 4hari diserang cirit birit.
Awal kena ainul sudah ke klinik Nur tapi selepas 24jam , ubat masih tak bagi apa apa tindakbalas positif hinggakan kulit ainul melecet dok kerap sangat membuang. Mama dia sapu dengan krim sebamade je untuk elak lecet tu melarat. Kulit Ainul serasi dengan produk sebamade ini sejak dari ainul baru lahir lagi. Alhamdulillah berkesan.
Bila dah masuk hari ke empat dan ainul masih "cerry berry" walaupun dah tukar susu jenis tanpa laktosa , akhirnya parents dia bawa ainul ke hospital untuk rawatan lanjut. Dan ternyata ainul terpaksa ditahan untuk tambah air yang berkurangan dalam badan dan ambil sekali antibiotik juga. Kesian pulak tengok..
Gambar malam pertama ainul kena tahan di ward. Papa ainul yang kirim gambar ini dekat tok mak. Katanya satu tingkat ward tu dengar suara ainul meraung masa nurse nak cucuk jarum kat urat kaki tu.
Sayu hati tok mak tengok ainul yang dah berapa hari membuang sampai air kurang dalam badan. Tapi kata mama, berat ainul masa timbang untuk daftar tu ialah 15kg. Haa? Boleh tahan jugak. Padahal 4hari dah makan buang, minum buang je.
Selepas 12jam , maq baru dapat datang ke ward ainul. Walaupun kaki bertiub dia tetap nak ber Youtube . Masani makan pun dah takda selera sebab mungkin dia dah makan ubat so tekak dah hapuskan selera makan dia. Cecair yang tergantung tu perlu dihabiskan.
Dan result darah ,result najis ainul semua dalam keadaan baik baik aja ,cuma ainul masih perlukan rawatan untuk buang buang air tu je. Kata doktor mungkin ada jangkitan kuman dalam usus. Air dan antibiotik perlu dihabiskan jugak. Dan ainul terpaksa bermalam satu malam lagi diward tersebut.
Pagi tadi anak kedua maq ( mak ngah ainul ) pergi ziarah ainul diward. Alhamdulillah ainul semakin sihat dan mungkin akan keluar ward hari ini. Cuma perlu tunggu proses insuran claim selesai dahulu.
Gambar ini ihsan dari mak ngah ainul. Kemain lagi dia aktif bila kaki dah tidak bertiub lagi , Alhamdulillah.
Nota maq : Sesungguhnya sakit anak itu ujian dari Allah untuk kedua orang tuanya. Bila anak sakit , banyakkan bersabar dan banyakkan berdoa. Semoga urusan ainul nak keluar ward hari ini dipermudahkan dan berjalan lancar, aamiin..
Comments
Post a Comment