Assalamualaikum.
Dulukan ,masa zaman kanak kanak atau zaman remaja belia, tentu kita ada buat salah. Tapi masa tu kita tak anggap pun benda yang kita buat tu satu kesalahan ,padahal kalau dah namanya salah tu , selamanya benda tu tetap salah dan tentunya berdosa!
Sebagai contoh ,kita pakai pencuci muka roomate kita kat bilik mandi tanpa dia tau. Walaupun "sepicit" je benda tu kita guna , ianya tetap berdosa kata ustazah.
Apatah lagi kita bawa balik ballpen kawan kita masa buat study group lepas tu kita langsung tak pulangkan. Lastly ballpen tu jadi hak kita pulak. Itupun dosa.
Atau ,masa kerja dulu ,kita ada ambil kertas kertas A4 kat ofis ,untuk photostate dokumen peribadi kita yang tiada berkaitan dengan syarikat. Kira dosa jugak sebab kertas tu milik syarikat,bukan hak peribadi kita.
Apa pun yang kita guna ,yang bukan hak kita dan tanpa kebenaran pemilik benda benda yang kita guna tu , salah tetap salah. Dosa tetap dosa.
Astagfirullah hala'zim..
Sekarang dah mula insaf ,nak minta maaf tapi orang yang kita dah ambil hak nya tu entah dah kat mana. So macamana nak cover kesalahan kita tu? Takkan nak biarkan aja dosa tu berlarutan?
Ustazah Asma' Harun ada kongsikan caranya, maq kongsikan dalam blog ini semoga beri manfaat. Antara cara yang boleh kita buat untuk "cover" kesalahan lampau kita dengan orang lain ialah :
" hulurkan sedekah pada sesiapa yg anda rasa layak untuk diberikan sedekah. Sebagai contoh isi tabung masjid , sedekah anak yatim , pengemis dijalanan dan keutamaannya ketika hulurkan duit tu ,kita niatkan dalam hati " ya Allah ,sengaja aku sedekah asbab atas dosa dosa aku kat si polan yang aku dah ambil pencuci muka dia ketika duduk serumah dengan aku dulu" - contoh jek*
Atau untuk kesalahan apa sekali pun , coverlah dengan bersedekah. Hulur dan niat. Hulur lagi ,niat lagi. Dan selebihnya serahkan kepada ketentuan Allah. Yang penting anda ikhlas nak sedekah dan ikhlas nak cover dosa dosa kecil masa lampau.
Nota maq : maq kongsi , anda baca , semoga sama sama dapat manfaatnya ,inshaallah..
Nasihat. |
Comments
Post a Comment