Skip to main content

Naluri seorang ayah


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah wasyukurillah. Petang ni nak kongsi sikit cerita anak anak maq dan ayahnya. Nak kongsi cerita orang lain mungkin mustahil sebab nanti katanya jaga tepi kain orang pulak,huhu. Bila Along update kat status facebooknya :


Maq pun rasa , hmm ,insha Allah nanti belilah rojak buah tu semata mata untuk Along. Tapi mustahil ahad minggu ini sebab ayah dia baru balik rumah pagi ahad tu ,mana mungkin dia nak memandu ketempat yang kurang lebih 2jam dalam keadaan mengantuk. Dulu dulu satu jam lebih jek Batu Pahat ke Muar ,zaman sekarang tak lagi sebab jumlah kereta yang terlalu banyak diatas jalanraya mempengaruhi tempoh masa perjalanan.  Lagi pun biasanya lepas balik kerja shif malam ,Ayahnya akan tidur dulu. Tetapi....


Pagi Ahad yang lepas , encik suami dah bersuara untuk ke daerah Muar.

"Waw ! Serius lah ?"
" Ya , serius ,lepas solat zuhor kita gerak"


Allah hu ,tak sangka naluri si ayah lebih peka sekarang ni.

"tapi kita ke Muar untuk apakah?"

Krik,krik,krik , sambil betulkan misai*

"oh okey okey , lepas zuhor kan? Maq masak lah dulu "

Walaupun jam baru 9.30 pagi,mee yang dimakan waktu sarapan baru masuk separuh jalan dalam perut ni,maq dah masuk kedapur semula ,memasak untuk makan tengahari pulak. Nak berjalan punya pasal kononnya. Hehehe nilah ragam kalau orang yang tiap hari terperuk dalam rumah , seminggu sekali baru dapat keluar jengah dunia, dia punya seronok lain macam. Haha tu belum ajak pergi Turki lagi tu ,😅. Entah apa ,pengsan dulu baru dapat cakap:

 " yey seronoknya pergi Turki !!!"


Walaupun cuaca panas bedenting haritu ,kami bertiga gagah juga gerak ke Muar.



Akibat cuaca panas dan pemanduan yang berhemah ,kalini kami ambil masa 2jam setengah ke Muar. Pergi mana? Tengok brother bawah ni.


Sempat lagi cari keperluan dapur di Giant ,nasib tak terjumpa Nobita dan Doremon hehe. Tapi harga barang memang lebih mahal dari harga barang di Nirwana atau Aeon Big ,Batu Pahat. Orang Muo banyak duit uii hehehe alhamdulillah rezeki.

Lepas berbelanja kami singgah ke Tanjung Agas. Mencari rojak buah dan rojak petis. Ramai sungguh orang haritu . Al maklum hari cuti sekolah dah bermula. Kesempatan yang dinanti untuk bawa anak anak bersiar siar. Walaupun cuaca panas sangat sangat!


Plan nak makan disini terganggu bila sekumpulan monyet liar datang selongkar sampah ditong sampah. Adeh bahaya . Anak bongsu maq pun takut dengan monyet monyet ni sebetulnya hehehe.


Muka orang ketakutan dikesan,😂
Padahal monyet tengok emak dia pun monyet dah lari jejauh dah ,apa ada hal hehehe 


Pukul 5petang kami bertiga pun balik semula ke BP. Singgah mana mana? Tak sempat sebab rojak buah idaman si Along kena bawa terus kekediaman tuan empunya diri. Cewah ayat kemain ,😁.

Nota maq : seorang ayah tak pernah membebel untuk anak anaknya. Seorang ayah hanya diam diri bila anak anak buat perangai ,seorang ayah hanya akan kerja ,kerja dan kerja demi menanggung tanggungjawabnya.Seorang ayah akan menangis tanpa siapa siapa tahu. Seorang ayah akan lebih memahami naluri anak anak perempuannya bila mereka telah menjadi "isteri orang".

Sayangi ayah anda selagi hayatnya masih ada. Kalau jauh ,kirimkan doa. Kalau dah takda, hanya doa dan amalan anak anak lah yang bakal meringankan bebanan ayahnya di alam kubur. Insha Allah. Antara 3amalan yang tak putus untuk si mati.

-doa doa anak yang soleh/solehah
-ilmu yang bermanfaat
-amalan sedekah semasa hayatnya

Waallah hua'lam. Maaf jika maq tersilap menaip.

Comments

  1. Bestnya. Ni yg buat mama teringin nak balik muo.ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muar semakin maju. MamaPP muar dimana kah?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Siaga

  Kata kata nasihat PMX Bismillah, Dari hari ke sehari ,masyarakat dunia semakin tertekan dengan pelbagai krisis global. Pak menteri pun ramai dah berpesan pesan kepada rakyat jelata termasuklah Perdana Menteri Malaysia ,Dato Seri Anuar Ibrahim. **klik gambar untuk bacaan lebih jelas. Di group prepper pun ,masing masing semakin rancak berkongsi maklumat tentang prep.  Antara barang yang disebut ,simpan beras,air bersih,makanan makanan kering,tenaga solar,ubat²an dan ada banyak lagi isu isu yang dibincangkan. Apa pun maq hanyalah seorang " silent reader" .Siapalah saya untuk berkata kata didalam kelompok prepper yang hebat hebat disitu. Sekarang ini perbincangan tentang basikal sedang di update.Bila stock minyak negara hanya tinggal beberapa masa sahaja lagi,dan kapal Malaysia yang berjaya melalui selat hormuz itu tidak bawa minyak untuk Malaysian,maka para prepper ambil jalan penyelesaian untuk aktiviti harian dengan berbasikal. Guys,bila dapat info bersedia,maka usahakannya....

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Assalammualaikum Pengguna yang berhemah tu bagaimana ? Maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan,memang cari penyakit namanya. Tapi kalau dah dinamakan perempuannnnn ....... Orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat Orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar Orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta *tapi tak tau nak letak mana Orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap Orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy Orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu . Orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ? Sudah-sudahle tu ...  Itu semua style perempuan era 1960-1990an.Jauh dah tu korang ketinggalan.Perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka. Perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harg...

Pembasmi cicak

Assalamualaikum. Salam 15 sya'ban 1438 Hjirah. Sya'ban bermaksud separuh. Dan kita kini telah berada di separuh perjalanan di bulan 8 dalam bulan islam. Apa yang elok dibuat pada malam nisfu sya'ban dan sya'ban yang  seterusnya?  Elakkan permusuhan dan perbanyakkan memohon dan memberi maaf dikalangan kita. Insha Allah. Harini maq nak kongsi sedikit info. Mungkin ada antara anda yang dah tahu. Makanya maq kongsi jelah pada yang belum tahu ya. Kalau anda nak tahulah kan , rumah maq ada banyak cicak,macam safari untuk spisis ni pun ya jugak. Siang malam, pagi petang ,asyik asyik muka diaorang sesaja lalu lalang dalam rumah ni. Lalu satu hal , sempat pulak melepas tu, adeh kejam sungguh natang ni. Dah lah tu , dating pun depan depan mata maq selaku tuan rumah yang punya rumah ini , Allah hu. Pelbagai usaha dah buat untuk hapuskan cicak , tapi gagal. Malahan diaorang dah pandai pulak naik atas meja makan tu ! Huhh .. Geram sangat tau! Geli tau haa.. Ada jugak maq t...

20 Tips Hati Tenang

  Kata kata nasihat*** Bismillah, 1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai. 2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekadar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja. 3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna. 4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. 5. Banyakkan senyum . Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya. 6. Sentiasa "move on" dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakan semula emosi negatif sendiri. 7. Sentiasa menjadi insan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada ...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

24 Julai 2021

 Assalamualaikum. Harini birthday Aida anak perempuan maq yang nombor 3. 2002-2021 itulah umur Aida harini.Alhamdulillah.. Seboleh boleh dia suruh nyanyikan lagu birthday ,so kenalah ayah dia belikan kek comel tu (saiz 4inci je) untuk dia makan sengsorang dan emak dia pulak jadi tukang nyanyi , haha hancur.. Nak tahu tak apa hajat usu pada birthday dia tahun ni? Layan video kat bawah ni kejap. Allahhu..bisa bikin pusing ini gadisku.. Cerita ke dua 24 Julai 2021 Harini dalam sejarah hidup maq.Hari maq diarah ambil vaksin. Maq dapat sesi petang (3pm) alhamdulillah orang tak ramai pun. Maq sampai dewan 2.13pm -2.25 pm dah siap semua. temujanji dari mysejahtera. Last proses selepas dicucuk. Masani tengah tunggu dapatkan  tarikh dos ke 2.Masa ni juga barulah dapat ambil gambar sebab kat sini lama sikit dapat duduk. Dalam 15minit macamtu. Sebelum tu duduk kejap dah gerak,duduk kejap dah  gerak. Servis sangat tip top kat Uthm ni. Terbaik 👍 Menarik rekabentuk bangunan ni. Dalam ...

Kawal Je bukan Sembuh

Assalamualaikum. Ini bukan cobaan ,ini betul betul . Bila dah tahu sistem badan dah macam macam. Benda pertama yang diarahkan kepada sesaorang pesakit  ialah tolong  Jaga Makan. Selain itu ,ubat ubatan pula dah semakin jadi jajan . Ada pula dah jadi bff dengan ubat. Tapi peliknya sakit tu tak juga sembuh sembuh.  Ternyata ubat yang ditelan itu bukan penyembuh tapi hanya mengawal sistem dalam badan kita supaya apa yang  dimakan cukup khasiatnya. Dan penyakit tidak melarat teruk kepada diri pesakit tersebut. Sebagai contoh , Orang kencing manis ,makan ubat hari hari,cucuk insulin hari hari ,check darah tiap bulan ,dah masuk 20 tahun pun ,kencing manis dia masih ada  ,kan?  Malah kadang datang juga kesan sampingan seperti kabur penglihatan ,kurang pendengaran,alahan pada kulit ,semua tu akibat terlalu banyak ambil ubat. Bagaimana nak jaga kesihatan kalau ubat tidak menjanjikan kesembuhan ? Ye ,seperti yang disarankan tadi , jaga pemakanan kita. Apa y...

Tanda Anda Berjaya Didik Anak

  Bismillah, 3 tanda anda telah berjaya dalam usaha mendidik anak. *Bila ditegur dia tak terus melenting. *Dia sentiasa minta izin ibubapa sebelum buat sesuatu perkara. *Dia takut untuk menipu dan berani bercakap benar. Sumber? Ceramah dari ustaz Amin tapi dari laman sosial mana entah,maq dah lupa. Apapun point point nya maq masih ingat. Jadi tak salahkan kalau maq selitkan kat blog peribadi sendiri untuk tatapan sendiri dan jadi penambah ilmu untuk orang di sekeliling. Maq sekarang dalam fasa mendidik cucu cucu.Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

Encik Suami Sudah

 Assalamualaikum. Akhirnya... Semalam 21 Julai 2021 ,Encik suami telah divaksin untuk dos pertama beliau. Pfizer ON! Vaksinasi dilakukan di Uthm ,Parit Raja ,Batu Pahat. Alhamdulillah semua proses berjalan lancar.  -bawa ballpen -bawa fon -bawa air masak Beliau belanja gambar dalam group family kami sebagai kenangan. Sempat selfie .. Semoga beri manfaat. Kata beliau ,dah lengkap  vaksin nanti, boleh lah join qariah masjid semula.Rindu dah rasanya.. Inshaallah..,🤲 Encik suami sudah , maq bila? Hahha  maq belum lagi ,muda lagi kot sebab tu lambat dipanggil ,💕  Encik suami ni jarang nak post apa apa dalam group family . Tapi bila beliau belanja gambar , kami semua jadi teruja nak nyakat beliau ,😂 Mujur anak yang lagi dua tu busy dengan kerja,kalau tak ... 

Produk Paling Rare Nak Beli Masa PKP

Baca doa dulu sebelum teruskan membaca...  Assalamualaikum. Sejak PKP wabak Covid19  ni,  part shopping  menyopping ni 100% adalah kerja encik suami selaku ketua keluarga kami. Bila dah masuk tahap 3 PKP, ( lebih sebulan) bermakna ada beberapa  barang keperluan peribadi maq dah mula menyusut. Alaaa.. Ni yang lemah ni. Maq : bang, bila abang ada keluar lagi beli barang ? Encik  suami : Minggu depan la. Abang kan keluar seminggu sekali je. Maq : bang,  boleh kirim tak? Encik  suami : nak beli apa? Maq : ala,  takut salah beli pulak nanti. Hmm. Encik Suami : cakap je, tunjuk gambar, nanti abang carilah. Maq : okey, belikan ni.. Barang rare ni, boleh?  Tapi check  betul betul sebab dia ada banyak jenis dan pattern. Ni haaa.. Maq : ada wings ,saiz 32cm ,maxi night ,lain lain produk jangan beli. Nanti tak selesa pakai. Encik suami : aduu  apa cerewat sangat ni???? Maq : dah agak dah.. Tapi itulah ...