Putaran nikmat


Assalamualaikum dunia.

Lama blog sunyi, bukan malas nak menaip tapi idea yang bernas takda nak dicurahkan dalam ni. Aktiviti harian asyik ulang benda yang serupa ,makanya malas nak update cerita yang ulang ulang macam astro. Opsss hehe .Harini maq sarapan ni:

Nasi lemak homemade

Sejak zaman serba serbi naik , nasi lemak pun kena masak sendiri bila nak makan katanya walaupun yang makan cuma dua orang.  Hehe itu bukan alasannyalah .  Sebab utama ialah semua bahan untuk memasak nasi lemak sudah ada dalam stock, dan mood rajin berlegar legar diminda. Maka terhasil lah seperti gambar yang diatas. Nasi lemak halia melengkor nama diberi ,😂.

Dalam langkah menuju usia ke 50 tahun dua tahun lagi, citarasa dalam makan memang nampak ketara. Patutlah orang tua  tua agak cerewet bila nak makan. Semua orang muda masak tak sedap. Ikan kecik dah tak sedap. Ayam dah tak sedap.Kuih muih tak sedap ,makanan barat tak sedap, boleh kata serba tak sedap pada mereka. Kadang hati orang yang masak boleh tersentuh bila ada jek kurangnya masakan yang dimasak. Dah penat penat masak ,ada ke patut cakap tak sedap. Hmm nak nangis rasa.


Bila Ustaz kata , bila kita semakin tua ,banyak nikmat Allah tarik. Nikmat penglihatan ,nikmat selera makan ,nikmat pendengaran,nikmat berjalan jauh ,nikmat berjalan laju ,nikmat muka cantik ,nikmat gigi yang kuat untuk makan makanan keras ,nikmat tubuh badan yang cergas dan sihat.

MasyaAllah , rupanya Allah dah bagi peringatan sikit sikit kat maq sekarang ni. Rupanya Allah dah beritahu ,cukup cukuplah membazir masa semata mata untuk dunia. Berkawanlah dengan kawan yang boleh cari kita diakhirat nanti. Kawan yang boleh bawa kita dari neraka masuk ke syurga.

Ya Allah ... Alhamdulillah . Terima kasih untuk semua nikmat yang KAU beri selama ini. Terima kasih juga kerana dah temukan dengan sahabat sahabat yang banyak beri peluang maq tambah amalan. Walaupun cuma digroup whatsapp,mereka sangat membantu. Insha Allah akan maq jaga silaturahim ini walaupun kata admin group  :



Ya Allah , setiap kali mengenang dosa , terasa terlalu hina diri ini disisi Mu.


Nota maq : 😭😭😭😭😭 " maaf andai ada melakukan kesilapan"


Popular Posts