Kenali warna urine


Assalamualaikum

Seminggu dah blog sunyi. Idea apa pun takda sekarang ni. Makanya takda apa yang dapat dikongsikan. Kadang tu idea ada tapi masa untuk menaip pulak takda , lama lama idea tu lesap macam tu jek. Tak sempat nak simpan dalam draf ,hmm orang lamalah katakan , daya ingatan makin lemah , sebab memori kad dah full , hmm kalaulah boleh format macam minda gadis 17tahun ,huhu " angan angan mak jenin"

Okey ,harini maq nak kongsi pasal air kencing kita. Maklomlah kan zaman serba serbi instant ni , ada dikalangan kita ambil macam macam jenis makanan tambahan untuk macam macam kegunaan seharian.  Tanpa mengambil kira risiko pada buah pinggang dan kesan sampingan lain pada tubuh badan.

Ingat , apabila buah pinggang bermasaalah, salah satu tanda awal ialah air kencing bertukar warna. Selain tu mungkin kerap ada rasa sakit sakit dipinggang . Jadi apakata kita tengok gambar dibawah ni. Warna air kencing anda yang mana satukah harini? Kalau keliru , silalah ke tandas semula , perhatian elok elok , heee



Gambar tu maq dapat dari twitter. Harap dapat membantu anda. Maaf speaking london tu. Anda translate sendiri ya. Klik kat gambar untuk nampak jelas kat tulisannya.

Nota maq : kos rawatan untuk pesakit buah pinggang sangat tinggi. Sekali temujanji kos dalam RM 300 dan rawatan perlu dibuat 3kali dalam tempoh seminggu ,bagaimana kalau sebulan? Setahun? Seumur hidup?

Makanya ,mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangi buah pinggang kita selagi ianya masih berfungsi dengan sihat setiap hari. Minum lebih air masak dan jadikan amalan harian. Insha Allah ,kalau kita berusaha , jika kena juga itu dah kira takdir. Siapa mampu ubah takdir? Ya , tiada siapa melainkan Allah.



SubhanAllah...

Comments