Skip to main content

Air herba amalan Maq


Assalamualaikum.

Selamat pagi pembaca yang dirahmati Allah . Pagi ini , pagi Jumaat yang sungguh tenang bagi maq ,bagi orang lain ? Waallah hua'lam.

Harini maq nak kongsikan pasal air herba yang maq dah janjikan sebelum ni. Air halba madu.

Mula maq kenal herba ni bila join group kat Facebook . Diaorang kata halba boleh buat badan segar bila bangun dari tidur. Dah ramai yang amalkan minuman tu.

Pertamakali bila maq dapat info ,maq akan rujuk digoogle kebenaran yang diviralkan tu. Banyak info maq dapat . Ada banyak cara kita boleh minum air halba tersebut.

Untuk sebagai minuman tambahan,maq ikut formula yang simple dan senang nak buat. Halba bersama madu.

Halba

Caranya:

3sudu makan halba
1sudu makan madu untuk 1cawan
1liter air

Masak air bercampur halba sampai mendidih. Bila dah mendidih , padam api , tutup periuk supaya wap herba tak hilang. Sejukkan. Tapis air halba yang dah sejuk. Masukan dalam cawan ,masukan 1sudu madu ,baki air halba simpan dalam petisejuk dibahagian chill. Kacau madu dan air halba suam , minum dimulakan bersama bismillah. Anda akan rasa kenikmatannya. Insha Allah.

Pengalaman seminggu maq dan keluarga amalkan air herba ni :

*encik suami yang sebelum ni kerap cramp kat betis dah seminggu dapat tidur lena. Takda cramp datang menggangu lagi katanya.

*period pain maq takda rasa lagi. Kalau tak mahu sebu semacam kalau hari pertama atau kedua uzur.

*badan berpeluh macam pergi gym. Ini kalau maq ambil dalam keadaan airnya suam. Memang sedap rasa badan.

*maq minum sekali untuk sehari sebab halba ni panas sifatnya . Takut panas dalaman pulak nanti,tak pasal demam . Air masak pun kena minum lebih ya.

*kalau info pasal menambahkan air susu ,mungkin mulanya maq anggap itu hanya untuk ibu ibu muda yang menyusu, rupanya tidak , yang dah tamat tempoh menyusu macam maq pun kilang boleh aktif ! Sungguh , ini realiti !! 😂  adeh , perjalanan ke 50tahun tuuuu ..masyaAllah.

Apa pun terima kasih pada yang berkongsi maklumat . Bahannya mudah nak dapat dan mudah nak sediakan tapi punya banyak khasiatnya.  Sebetulnya ada banyak khasiat air herba halba madu ni. Cuba anda cari dalam SINI . ◀〰〰

Untuk kesihatan diri ,jangan terlalu bergantung pada produk proses yang dah bercampur dengan banyak bahan asing. Yang kadang tu langsung tak berfungsi untuk tubuh badan kita malahan beri kesan sampingan pulak.


Nota maq : untuk usia seperti maq , waktu sekarang ni maq lebih kepada penggunaan bahan semulajadi untuk khasiat tambahan badan. Seperti  amalkan makan ulam, madu , air masak , herba herba dan buah buahan. Yang ruginya baru sekarang nak amalkan,kalau lah maq amalkan sejak muda dulu , pastinya hasilnya dah lama teserlah. Hmmm ..

Stock maq sekeluarga untuk 2-3hari

Peringatan : air herba ni tak sesuai untuk orang mengandung ,pesakit diabetis dan kanak kanak bawah 3tahun.


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

January Giveaway by Awesome Dreamer

Assalamualaikum, hai.. Untuk pembuka 2020 ,maq dah join  January Giveaway  dari Blogger Awesome Dreamer.  Pembuka tirai ni tau!  Anda boleh masuk je link Awesome Dreamer tu. Ikut je arahan owner blog. Ok done!  Masuk link ini jika anda berminat nak turut serta. Good luck!

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Makanan dan minuman yang dilarang dijual dikantin sekolah

Assalamualaikum. Antara makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah. 1. Makanan berjeruk 2. Makanan yang dijual bersama permainan 3. Gula-gula dan coklat 4. Makanan ringan (junk food) 5. Makanan yang diproses 6. Teh dan kopi 7. Minuman tenaga/isotonik 8. Minuman berkarbonat 9. Minuman 3 dalam 1 10. Produk konfeksi ais dan ais krim. Ibu bapa dinasihatkan  supaya berbincang dengan pihak sekolah dan PIBG jika terdapat makanan dan minuman ini dijual di kantin sekolah. Untuk lebih banyak tip pemakanan sihat, boleh follow Twitter @BhgPemakananKKM Nota maq : just copy and paste then share ❤

Tanjung Hill 2021

 Assalamualaikum. Semalam encik suami bawa maq beriadah ke Tanjung Hill selepas hampir 2tahun tak kesitu kerana PKP C19. Tanjung Hill ( Bukit Tanjung ) memang lah macam tu jek ,tak berubah.Cuma kalini maq dan encik suami beranikan diri untuk jelajah kesemua kawasan dibukit tersebut. Aamiin yaa Allah..