Skip to main content

Allah Maha Mengetahui


Assalamualaikum.

Sejak akhir akhir ini maq dah tak berapa mahir nak update post guna note book, lebih selesa guna android. Padahal keypad notebook lebih sesuai dengan jari maq yang gebu gebas ni.

Gambar sebagai hiasan


Apa pun kaedah , maq akan update juga apa yang maq nak . Sebab hanya menaip jek maq dapat lepaskan tekanan atau senang cakap , menaip boleh buat maq tenang. Mungkin anda tak percaya ,takpa. Itu adalah situasi yang maq rasa sendiri. Dan maq puas.


Dalam blog ni ,kalau dulu dulu maq lebih pada pemerhatian pada masyarakat sekeliling. Tapi rasanya cukuplah setakat itu. Dan sekarang ,dalam blog ini maq hanya akan berkongsi tentang dunia maq SAHAJA.  Walaupun aktiviti maq tak sehebat aktiviti orang lain ,tapi maq akan taipkan diblog ini walaupun hanya masak jejemput ikan bilis ataupun cuma pergi ke pasar malam . Ya ,aktiviti yang pada orang lain , semua tu aktiviti yang tak hipster langsung , takpa , asalkan maq puas !


Pada maq kepuasan pada maq bukan sesuatu yang boleh dinilai oleh sesiapa ,tapi pada diri maq sendiri.

Pernah anak bongsu tanya kenapa nak kongsi pasal festival , pasal diskaun ,pasal promosi kat orang lain padahal bukan maq dibayar pun untuk iklan seperti itu. Jawab maq mudah aja :


" Memang maq tidak dibayar, tapi dalam aktiviti yang maq promote atau updatekan itu ada insan yang memerlukan pembeli dan pengunjung. Ada peniaga kenalah ada pembeli. Kerana mereka mencari rezeki dengan cara itu, jadi apa salahnya maq beritahu kat orang lain supaya mereka datang ke tempat jualan tersebut dan mungkin mereka akan beli apa yang dijual. Dan biasanya maq akan beritahu tentang harga yang murah jek supaya semua orang mampu beli "


Nota maq : Duit bukan segalanya , tapi duit boleh buat orang susah tersenyum dan orang kaya berpuashati. Cuma satu hal yang selalu maq sedih , orang akan anggap maq perlukan duit bila maq sebut pasal "maq dah penat " . Ya, sedih sangat sangat. Penat jangan disamakan dengan memburu hasil kerja ,itu salah . Orang yang bekerja dia susah nak mengadu  penat sebab dia sedang bersemangat nak buat kerja kerjanya. Manakala orang penat, dia perlu kan rehat bukan duit. Hanya Allah yang Maha mengetahui ...


Waallah huA'lam

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hati hati beli produk dari luar negara

Assalamualaikum. Ini adalah perkongsian dari group whatsapp.  Tapi kenyataan,keluarga maq pun selalu guna produk yang disebutkan oleh penulis dibawah ni bila teringin nak makan spaghetti. Nampaknya lepasni sebagai pengguna muslim, kita kena lebih peka dengan ' ingredients' produk produk tersebut. Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal macamni sebab asal usul spaghetti bukan makanan orang kita. Dan produk tu pun produk luar negara. Gambar sekadar hiasan KEPADA PEMINAT SPAGHETTI. (Baca sampai habis ya) Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak spaghetti mestilah hati-hati. Apabila membeli makanan yang dibotolkan atau ditinkan dari luar negara, baca kandungannya terlebih dahulu.Cerita ini dari seorang penggemar spaghetti.   "Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila spaghetti dah selesai di...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Muscat Malaysia - KKM

  Bismillah, Berita Baik buat peminat muscat . KKM dah buat kajian mengenainya dan kat bawah ini hasil kajian tersebut. Okey, katanya anggur shine muscat tidak tercemar.So korang dah boleh sambung beli semula. Ini cara maq bila beli buah buahan, Sebelum dimakan maq biasanya akan rendam dan basuh buah buahan yang maq beli dengan larutan air garam. Rendam dua tiga minit kemudian bilas dengan air bersih , bersih bersih. Usaha ini maq buat termasuklah pada buah pisang,betik dan buah mata kucing dan semua jenis buah buahan.Jika korang rendam buah mata kucing, nanti korang akan lihat keruhnya air rendaman tersebut.Menunjukkan betapa kotornya kulit luar buah tersebut. Tapi setakat ni maq belum rendam dan basuh  buah durian lagi.Korang rasa perlu ke? haha

Giveaway PantangPlus.com Di Mialiana.com

-السلام عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ… ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاته- Hari Jumaat yang indah , datang pula rasa berminat nak join giveaway ini..inshaallah. Semuga semua urusan dipermudahkan. Sebelum tu baca info menarik bawah ini ya. PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus , Puan Zamzana Mohd Arifin: “ Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan. ” Kini, boleh ‘ booking online ’ Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilih tukang urut wanita . Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang t...

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.