Maq kena tegur dengan pelajar KKM
Assalamualaikum.
Alhamdulillah,kejap jek kita dah masuk ke bulan Safar 1439H. Usia bertambah dari sehari ke sehari. Makin laju masa berjalan,makin perlahan kita melangkah. Sebab usia semakin meningkat otot tubuh makin cepat letih.
Ternyata Allah dah tarik sikit nikmat kecergasan yang dah diperolehi di zaman muda dulu. Masa muda ligat kemain, dah tua gini kalau masih nak meligat ,nanti orang cakap orang tua dah buang tebiat. Dah tak sedar diri ,haa tu yang taknak tu.
Makan minum diusia 48tahun pun dah makin kena kawal. Kalau dulu membujur lalu melintang patah , sekarang membujur ke melintang ke ,apa pun tak pandang lagi dah. Mahunya ketenangan dan kedamaian.
SubhanAllah.
Baru baru ni maq termengidam nak pekena minuman segera produk yang dah lama terlajak laris. Family maq minum minuman tu berbelas tahun dah. Daripada nenek maq sampailah kepada anak cucu beliau ,semua minum perl cafe ni.
Dulu pernah juga maq minum tapi maq berhenti sebab kadang anak dara maq pun join minum ,tu lah punca maq berhenti. Disebabkan kandungan kacip fatimah ada dalam tu , maq tak galakkan anak dara maq minum.
Apakah minuman yang dimaksudkan? Tengok gambar bawah ni.
Tapi nak jadikan cerita. Bila maq update gambar tu kat instagram maq , seorang pelajar dari kolej kejururawatan telah menegur maq. Baca komen bawah ni.
![]() |
Tu dia. Hehehe direct jek dia menegur. Allah hu , dia yang tak dapat minum tu , emak dia pulak yang dia kenakan ya. Nasib maq pandai menjawab kalau tak sia sia jek dah beri sepeket perl cafe . |
Sebenarnya dia tak tahu. Minuman ni maq ambil bukan setiap masa pun. Cuma setiap awal pagi.Sebelah petangnya pulak maq dah minum milo O , dan sebelah malam pulak maq ambil minuman herba (halba+madu) ,selebihnya memang air masak memanjang sampai naik gendut perut yang dah sedia gendut ni hehe. Apa pun lepas minum air perl cafe , seharian kita memang aktif ,takdalah nak lemau semacam.
Untuk pengetahuan anda ,pelajar tu lah anak maq yang nombor dua . Dah merangkap jururawat peribadi maq dah dia tu ,padahal ada lagi satu sem nak tamatkan pengajian. Tapi beri nasihat dah ngalahkan doktor ,😂.. Terima kasih cik misi ya.
Nota maq : apa pun yang kita buat jangan lah berlebih lebihan. Kerana setiap yang berlebihan itu bakal memudaratkan. Selain minum , makan,gelak ,tidur ,buat kerja ,bercakap atau apa jugalah halnya , buatlah secara bersederhana. Tak payah nak over over sangat ,😂.
Nanti maq kongsi apa itu air herba (halba madu ) yang maq minum di post akan datang ya. Insha Allah.