Assalamualaikum.
Harini kerajinan lebih dari pada hari biasa. Disebabkan hal yang tersebut,petang tadi lepas makan tengahari maq pun siap siapkan bahan untuk buat kek pulak.
Bila check stock ,rupanya margerin dah habis pulak makanya Maq terpaksa gantikan dengan resepi kek yang tidak perlu guna margerin .
Okey cari punya cari , jumpalah resepi kek yang guna minyak masak. Resepi yang dikongsi dari group MAHN difacebook. Bawah tu resepinya.
Kek kalini maq guna tepung kek naik sendiri sebab bahan tu ada dalam stock ,lagi pun maq tak berapa minat rasa bikarbonat dan baiking soda ,kalau tepung kek ,bikarbonatnya taklah rasa "kaw" sangat.Biasalah orang dah tua kan, memang cerewet sikit .

Ikut pada resepi asal, kalau bakar , oven pada suhu 180` darjah dan bakar dalam masa 45minit.
Tapi pada maq , suhu ikut jenis oven masing masing kot. Sebab maq guna suhu 180 darjah pada awal tadi, baru 20 minit bakar ,asap dah keluar sesikit , dan yang hitam hitam atas kek tulah sebab suhunya terlebih panas.
So , bila dah berasap tu , jangan panik , adjust pada suhunya jek. Maq pun turunkan suhu dari 180 kepada suhu 120 darjah dan teruskan memasak dengan 25 minit yang seterusnya.
Ting!
Hasilnya selepas dibakar selama 45minit. Sejukan dulu dalam 30minit atau lebih sebab stuktur dia halus dan lembut.
Ting!
Hasilnya selepas dibakar selama 45minit. Sejukan dulu dalam 30minit atau lebih sebab stuktur dia halus dan lembut.
Panas panas potong nanti hancur ,macam ada sorang insan tu dah buat tadi ,haha gambar kat bawah ni...hmm siapa ntah yang buat ,😅
Haaa kek yang terhasil. Warna hitam tu suhu yang terlebih panas . Oven maq tak boleh guna suhu 180 darjah . Tapi kata anak maq , yang hangus tu sedap. Adeh , pandai pulak budak ni nak ambil hati emak dia , fikir emak dia tak tahu lah tu.
Sis ,bila Maq tengok resepi tu ,maq nak namakan kek ini KEK COKLAT 1 CAWAN. Sebab ? hampir semua bahan dia guna sukatan 1cawan ! Kalau lah telur boleh disukat ,agaknya telur pun 1 cawan ,😂 terbaik !
Semoga orang yang berkongsi ni dapat pahala jariah untuk ilmu kek coklat dia yang mudah ini. Ya ,jariah yang berpanjangan. Insha Allah.

Kita manfaati ilmu beliau bersama keluarga kita pulak. Apa pun ,kek ni boleh jugak dimasak dengan cara mengukusnya selama 45minit jugak.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!

Comments
Post a Comment