Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat
Bismillah,
Harini Jumaat.Shawal dah seminggu berlangsung.Kuih raya masih bersusun cantik diatas meja tapi ramai dah mula berkerja mencari nafkah diri demi kelangsungan hidup.
"Takpa,raya aidil fitri dekat Johor ni boleh sampai ke raya haji tuan tuan."
Inilah antara kata kata ustaz yang beri ceramah di Masjid Al Azim ( masjid ditempat maq tinggal )
![]() |
| Gambar sekadar hiasan* |
Di khabarkan negara di asia tenggara telah mula merasakan kesan asbab krisis perang US - Iran.
Di Bangladesh - negara ini dah muflis minyak.
Di Pakistan - pelajar dah mula dicutikan. Dalam seminggu mereka ke sekolah hanya 3/4 hari.
Di Filipina - rakyat terpaksa berjalan kaki untuk ke tempat kerja.
Di Thailand - banyak stesen minyak sudah tidak beroperasi.Minyak diesel sudah kehabisan.
Bagaimana Malaysia ? Dekat sini rakyat nya masih seronok beraya.
"Bersalam salaman,bermaaf maafan dihari yang bahagia ini..."
Selain ucapan dari PMX suruh rakyat berjimat cermat.Dikhabarkan juga dalam teks khutbah jumaat ada jugak tuan khatib sampaikan nasihat melalui bacaan hadis, suruh jemaah simpan stok makanan.
Apakah semua rakyat Malaysia peduli dengan kata nasihat tersebut?Waallahua'lam...
Kenapa maq kata macamtu? sebabnya tadi waktu orang lelaki muslim sedang berkumpul dimasjid masjid seluruh Malaysia untuk lakukan solat jumaat berjemaah ,masih ramai orang lelaki dewasa muslim Malaysia yang sedang buat live ditiktok.
Mereka rancak berniaga,cari wang,cari gift,cari like ,cari tap tap skrin,cari hal hal yang memang takkan pernah buat mereka rasa cukup untuk dunia ini.Kenapa begitu?
Entahla nak...maq nak cakap lelebih kang orang marah.
Padahal solat Jumaat itu kan wajib bagi orang lelaki.Ia tak sama seperti solat sunat hari raya.Biarpun hanya 2 rakaat,lakukan solat Jumaat adalah wajib!
Bila dah solat jumaat berjemaah, korang dah tak perlu nak buat solat fardhu Zohor pada Jumaat yang sama.So bermakna ianya adalah sah sah solat yang wajib! wajib! wajib! Dan bukan sunat.
Bila teks nasihat dalam khutbah Jumaat pun korang taknak dengar atau tak sempat nak dengar.Ini bermakna korang dah rugi banyak tentang isu semasa yang dipandang serius oleh kerajaan sekarang.Teks khutbah itu bukan cerita saja saja yang direka guys.
Takpalah..dah itu pilihan korang nak buktikan yang korang sebagai muslim di Malaysia.Jangan nanti, asik dok ralit duduk depan jualan online tu,orang keliling semua dah berpindah nak selamatkan diri.Korang duduk lah depan fon korang tu selama hayat masih ada.
So, up to you...
Selamat hari raya ,maaf zahir dan batin

Comments
Post a Comment