Solat Jenazah,Ramai Tak Ambil Peduli

 

Bismillah,

Kalini Maq nak sentuh pasal isu solat jenazah.Solat ini hukumnya adalah fardhu kifayah. 


Kalau kita tengok,kebanyakkan yang buat solat jenazah adalah kaum lelaki.Sedangkan kaum wanita yang datang hanya duduk dan bersembang sembang santai.


Padahal solat jenazah ini bukan kena guna sejadah atau telekung labuh pun.Cukup dengan;

*suci dari hadas kecil & besar

*berwhuduk

*tutup aurat sempurna seperti aurat dalam solat fardhu




Dan andai kata kita adalah waris kepada jenazah yang akan disolatkan itu bukan saja kita dapat pahala,tetapi apa yang lebih penting lagi adalah doa kita yang Allah makbulkan secara langsung.


Waktu kita baca doa dan mengaminkan doa ,waktu yang sama itu juga Allah makbulkan doa doa kita untuk simati.


Antara doa yang tiada berhalangan

  -------------------------------------------

Doa anak untuk kedua ibubapanya.

Doa emak untuk anaknya.

Doa isteri untuk suaminya.


Lagi hebat lagi ganjaran Allah bagi,bila mana 40 orang lakukan solat jenazah secara berjemaah dan mereka lakukannya secara ikhlas,maka Allah akan beri keampunan dosa dosa si mati.


Jom latih untuk buat solat sunat jenazah.


 Boleh didik anak anak dari usia muda supaya tak kekok nak buat solat jenazah.


Dibawah ini adalah rukun solat jenazah yang maq dah salin dan tampal dari google.

Rukun-rukun Solat Jenazah

Terdapat 7 rukun solat jenazah iaitu:

  • Niat
  • Berdiri lurus bagi yang mampu
  • Takbir 4 kali (termasuk takbiratul ihram)
  • Membaca surah Al-Fatihah bagi takbir yang pertama
  • Membaca selawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kedua
  • Mendoakan jenazah selepas takbir ketiga
  • Memberikan salam selepas takbir keempat.

Korang boleh buat carian lebih lanjut perihal solat sunat jenazah dilaman web yang diiktiraf.

Tanda sayang bukan cukup dengan airmata tapi dengan ibadah dan doa doa yang sepatutnya dilakukan oleh waris yang ditinggalkan.

Hormatlah kematian orang lain supaya kematian kita nanti juga Allah beri penghormatan.

Comments

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Jadilah Waras Dan Jangan Panik

Jangan Biasakan Ponteng Solat Jumaat

Mangsa Perang Adalah Mangsa Keadaan

12 April 2026 - Shawal VS Perang