![]() |
| Gambar sekadar hiasan** |
Bismillah...
Diam tak diam syaaban dah nak pergi ,ramadhan pulak bakal jadi pengganti.
Harap harap tahun ni dapatlah kita bertemu dengan ramadhan 1447.
Terlalu banyak spikulasi berkaitan ramadhan pada tahun 2026 ini.
Disemua laman sosial,pakar pakar sibuk mengulas pelbagai isu semasa dan isu mendatang.
Terkini,manusia global meramalkan dalam bulan ramadhan 2026 nanti banyak isu akan belaku.Mereka cerita pasal perang WW3 ,pasal krisis makanan,pasal kemunculan imam Mahadi ,pasal blackout /dukhon dan semua itu telah pun menjadi perbualan hangat didalam group group warganegara Malaysia khususnya.
Sebagai salah sorang warganegara dinegara ini, maq taknak ulas semua hal yang di spikulasikan itu.Bagi pihak maq,semua boleh laku jika Allah izinkan.Andai Allah tak izinkan,semua takkan belaku.
Hidup ini memang sentiasa diuji.Makanya kenapa nak fikir hal yang belum pasti?
Adalah lebih baik rebut peluang dalam janji janji Allah.Sebab nanti,hujung hujung pada jalan cerita hidup kita,pastinya kita semua akan dikembalikan kepada Allah semula.
So, jangan letih nak beribadah.Iman yang longgar tu ,jom perketatkan.Kita hamba yang tak sempurna tapi kita tetap wajib sempurnakan semua perintah Allah.
Korang ,banyak benda free yang kita akan beruntung bila buat.Antaranya;
Solat itu tak perlu bayar📌
Puasa itu tak kena caj📌
Baca Quran,Zikir ,Selawat ,semua adalah free📌
So nak tunggu apa lagi?
Kenapa nak terlalu sibuk terkejar sana sini untuk dunia sampaikan kita terhalang nak buat ibadah yang sememangnya percuma?
Padahal kat dunia ni semua benda perlukan kos.Tapi kita masih beratkan hidup kita demi kehendak dunia.
Research semula hidup kita guys,mungkin ada benda yang dah tak kena.
