Bismillah,
Sengaja simpan sini sebagai bukti bahawa bertarikh 27 Jun 2026 , buat pertamakalinya Aida tempah cermin mata khas untuk mata dia sendiri.
Bila dah hampir 3 tahun berkerjaya mengadap PC ,akhirnya semalam Aida request nak pergi kedai cermin mata sebab pandangan matanya dah semakin tak 'clear' bila buat kerja kerja pejabat.
Lepas waktu asar ,encik suami bawa kami berdua ke kedai cermin mata di bandar Batu Pahat.
![]() |
| Pinjam gambar google** |
Aida pilih Mine optometrist sebagai kedai pilihan. Maq pun sebelum ni buat cermin mata di kedai ini.Banyak pilihan frame yang up to date.Harga pun masih mampu milik.Semalam pun ramai pelanggan yang buat cermin mata di sini.Pekerja nya semua peramah dan beri kerjasama yang sangat baik.
Kalau Maq yang buat cermin mata,frame cermin mata murah je ( kadang tu tak sampai pun rm 100) yang mahalnya cermin dan kanta. Maklom wargaemas,macam macam rabun ada.Power pulak 800-900.Pilih pulak kanta 'plastik' yang tahan lasak.Kalau kaca takut tak tahan lama.
Kanta cermin mata maq pernah hampir rm 1K harganya! Sekarang ni dah 3 tahun kot rasanya maq takda check.Risau bajet tak lepas kalau kena tempah cermin mata baru hahaha.
Bagi Aida semalam,selepas diperiksa mata dia powernya 200/200 ( kiri dan kanan ) harga pun masih rendah lagi.2/3 hari lagi siap lah tu.
Dekat 1 jam jugak Aida pilih frame yang sesuai dengan bentuk muka dia.Pekerja kedai tu sempat lagi cuci cermin mata maq secara percuma! Thank you ❤
Akhirnya sorang lagi anak kami bercermin mata.







Comments
Post a Comment