Ayam Goreng Hot And Spicy

sekadar hiasan

 

Bismillah,


Maq jumpa resepi ini kat group masak masak difacebook.


Resepi Ayam Goreng Hot and Spicy!


Bahan-bahannya ,

Ayam

Tepung jenama BESTARI

Tepung Gandum

Tepung Beras

Serbuk Cili (jika perlu)

Minyak Masak

***Resepi ni tak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin


Cara-cara,

1. Bancuh tepung bestari bersama air sahaja. Bancuh sampai jadi sederhana pekat (ikot pada kuantiti ayam)


2. Masukan ayam dalam bancuhan tepung tadi & perap. Makin lama perap makin lembut isi ayam & rasa pedas akan serap dalam isi ayam. Saya perap 5 jam.


3. Sediakan tepung untuk salutan pulak.


4. Campurkan tepung bestari yang belum di bancuh dengan air dan tepung gandum & tepung beras.

**saya takda sukatan yang tetap. Main agak agak je. Anggaran 1 senduk tepung bestari ,1 senduk tepung gandum ,1 ½ senduk tepung beras.


5. Pastu amik ayam yang dah diperap tadi masuk dalam campuran tepung kering & salutkan serata.

**Buat seketul seketul sebab kalau buat banyak banyak nanti  dia jadi tak cantik & tak bersalut. So kene sabar masa bedak kan dia.


6. Masukan ayam yang dah bersalut tadi dalam minyak panas. Nak lagi bagus goreng dalam periuk sebab minyaknya sekata & ayam terendam (tak perlu gaul gaul banyak kali. Biarkan dia masak dengan tenang)


**masa goreng dalam periuk or kuali boleh la masuk kan 3-4 ketul. Jangan banyak sangat. Ikot pada saiz tempat masak tu.


7. Lepas tu bila dah masak, agak agak dah  kekuningan. Angkat lah. 


Lepas tu "bismillaaaaa...h !


Credit to owner.📌

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji Diuji Lagi

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Jerebu Ujian Kepada Brisk Walkers

Nasihat Ustaz

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Tiktok Beri Maq Kesedaran

Kad kena telan mesin Atm

Team Blogger Hantar Email