Skip to main content

Punca Rezeki Apa?

 

Gambar sekadar iklan,
beli dekat beg kuning disini

Bismillah,

Lama tak menaip.Jarini lebih rajin kongsi hasil salin tampal pulak beberapa harini.


Harini Jumaat ke dua dalam bulan Zulkaedah iaitu bulan ke 11 dalam kalender islam hijriah.


Alhamdulillah rasa sekejap sangat masa berlalu. Macam baru je beberapa bulan lepas kita sambut awal Muharam ek.


Guys betul ke kita kerja ni untuk cari rezeki?Kalau rajin berkerja maka banyaklah rezeki akan kita dapat? Benar kah???


Dihari Jumaat yang mulia ni ,jom guys kita adjust sikit gaya pemikiran kita tentang rezeki.


Sebenarnyakan rezeki bukan datang dari berapa kuat kita bekerja tapi makin banyak kita beribadah ,makin banyak rezeki akan Allah bagi.


Sebab itulah kalau kita perasan,kerjalah bagai nak rak tapi ibadah dan kewajipan lain terabai ,boleh ke ada rasa cukup dengan hasilnya? Pastinya takkan? Dah ada RM 3-4juta dalam akaun bank pun masih kena kerja keras guys! 


Dan katanya takda istilah pencen dalam kerjaya seorang yang sudah pun berjaya.Betul ke macamtu?


🗨️jom selawat...

Comments

Popular posts from this blog

Sabar Dan Tenang² Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...

Selamat Jalan Adam Danish

Assalamualaikum. 21 Oktober 2021. Terima kasih Allah untuk pinjaman selama 13 tahun ini. Anak syurga keluarga kami telah pergi menemuimu . Kami redha Ya Allah. Kami tahu perjalanan ini aturanMu. Semua ini hanya pinjaman dari Mu dan kami juga bakal dipulangkan kembali nanti. Al fatihah buat anak saudara mak long , Adam Danish. Kita kini telah terpisah  tapi kasih sayang mak long pada Adam takkan pernah pudar sampai bila bila pun,inshaallah. Sambut birthday yang ke 13 pada 1 Ogos lalu.  Doa mak long buat Arwah Adam Danish, "Semoga tangan tangan yang tolong urut kaki mak long waktu letih berjalan ziarah umrah dulu, tangan yang tolong ambilkan air kopi panas, tolong bawakan makanan² naik lift dan hantar ke bilik mak long suatu ketika dulu ,tangan yang tolong ibu ,ayah ,abang ,kakak²,atok, nenek  tanpa rasa mengeluh setiap waktu.Ye semoga tangan² itu sekarang ini sedang dipimpin oleh bidadari bidadari untuk berehat ditaman² syurga." Berehatlah sayang,satu hari nanti kami juga ...

Tahniah Kepada Semua

  Bismillah, Tahniah kepada parti Barisan Nasional yang dah menang majoriti di 2 negeri pada pilihanraya negeri baru baru ini.Iaitu dinegeri Johor dan Negeri Sembilan. Tahniah kepada rakyat yang dah berusaha keluar mengundi. Tahniah kepada anak perantau yang dah bersusah payah merentas kesesakan disepanjang lebuhraya hingga ke tempat mengundi. Tahniah kepada semua petugas SPR (Suruhanjaya pilihanraya Malaysia ) yang dah berjaya menguruskan dengan sebaik mungkin dari awal hingga ke akhir proses pengundian di kesemua kawasan. Tahniah kepada para penyokong yang berakhlaq baik disepanjang pilihanraya berlangsung. Malaysia akan aman jika semua orang ambil peduli pada semua tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Parti yang 'tak dapat menang' tu,anda sepatutnya bersyukur sebab masih ada beberapa kerusi lagi yang masih setia menanti kehadiran anda disisinya. Sekarang kuasa dah dalam tangan,sila jalankan amanah yang diberi.Ahli politik 2026 bebas dari sifat muncul bermusim.Mereka...

Produk Saji

Assalamualaikum. Selamat pagi.  Salam dingin dari Johor Darul Takzim. Musim tengkujuh pada tahun ini melibatkan banyak daerah di negeri Johor mengalami banjir. Dia punya tinggi air banjir tu naik hinggakan Kota yang tinggi  pun boleh tenggelam. ( beberapa orang warganet buat lawak dipage facebok) - nak bergurau pulak kau ya.. Sebenarnya memanglah nama Kota Tinggi tapi kawasannya masih rendah. Apatah lagi dengan pembangunan pesat di Kota Tinggi,  banjir kilat mudah berlaku. Gambar atas kawasan terbaru yang ditengelami air didaerah Kota Tinggi. Selain Kota Tinggi, Segamat,  Muar, Batu Pahat, Mersing, Kluang juga turut mengalami  banjir kali ini. Tanah runtuh dan pokok tumbang sering berlaku bila musim hujan macamni. Kepada mangsa banjir, pesan maq, jaga diri.  Jaga keselamatan.  Jaga apa sahaja yang berharga milik anda kerana air datang tidak akan beri salam,  persediaan awal itu perlu. Dan pagi ni langit Batu Pahat ma...

Haid Lebih Lama Dari Biasa

Assalamualaikum. Bila usia semakin kepada penghujungnya. Banyak nikmat akan diambil satu persatu oleh Penciptanya. Kecantikan ,kecergasan ,daya ingatan , dan banyak lagi semakin hari semakin berkurang kualitinya.. Bagi orang perempuan pula , bila dah semakin berusia ,mereka akan diistihar sebagai  bakal berkeadaan monopus atau kata lain ,putus haid. Perubahan ini bukan datang dengan tiba tiba tetapi akan dimulakan dengan satu demi satu keadaan. Beberapa bulan sebelum monopus , perempuan itu akan didatangi haid yang tidak tentu masa keadaannya. Misalnya sebelum ini tempoh kebiasaan haid adalah seminggu tapi bila dah nak dekat ke ambang monopus , ia akan jadi lebih atau kurang atau kadang kadang ada ,kadang kadang langsung tak ada didatangi haid. Bagi situasi tidak didatangi haid tu , mungkin tak jadi masalah dipihak tuan punya diri walau bagaimana pun jangan lupa untuk lakukan urine test kalau keadaan merisaukan hati tua anda itu. Masalah ini bagaimana pun ia tidak mungkin ak...

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Vinyl Eco menghiasi lantai bilik

  Assalamualaikum. **setahun telah berlalu, februari muncul kembali dengan kehangatan semalam...tanpaku sedari ku petik mawar merah ,ku tulis sebuah puisi...terima kasihhh..! cewah ..hehehehe.. Rasa lama dah maq tak berblog. Tak silap kurang lebih dalam 2minggu jugaklah blog sunyi. Dah tua tua ni fon pun dah jarang nak pegang.  Akhirnya ku sedari siapa diri ku kini heeee..  25 haribulan lepas ,lepas siap  cuci baju tetiba encik suami ajak maq pergi ke kedai Eco. Katanya nak kemas bilik . Kemas apakah ? Guna barang kat kedai rm2.10 je kah? cuak dah hati tua ini. Apa agaknya yang beliau nak kemas tu lah kan? deko deko bersama Abang Man ?  PKP ,jalanraya sunyi dalam pukul 10 pagi. Apatah lagi jalanraya berhadapan dengan kawasan balai polis Batu Pahat .  "Tabik datok anak cucu tumpang lalu, nak pergi kedai eco je ni. " 😂 bilik "single" ni selalu nya akan jadi mangsa bila  nak kemas bilik "couple". serupa port jin bertendang dah tu! Habis dipunggahnya kesi...

KWSP - pengalaman Maq

Assalamualaikum. Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu. Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat. Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu. Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu. Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung ( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham y...

Rindu itu percuma tapi berharga

 Assalamualaikum.  Pagi Jumaat, menyelusuri laman telegram, Allah jumpakan maq dengan gambar dibawah ni.  Tiba tiba tertanya sendiri. Kebaikan apakah yang aku dah buat terhadap kedua orang tua aku selama ini???  Diganti dengan nyawa sekalipun, belum tentu mampu terbalas lagi semua jasa mereka.  Terima kasih Allah kerana datangkan aku dari kasih sayang mereka berdua.  Tiba tiba datangnya rindu, bibir tak mampu berkata tapi hati meronta.  Tuhan... Jagakan tolong mereka .. 😢 Ku haramkan api neraka menyentuh kalian berdua...  Dari anak sulong emak abah ❤

Nak Diet Kena Pandai

-السلام عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته- "Mak ,malam nanti ety tak nak makan nasik.. Nak buat air manis ,makan dengan biskut jek. Roti pun ada tu . Malaslah makan nasi, tadi petang kan dah makan nasi ,badan ni dah makin kembang dah" - itu kata kata anak maq yang nombor 2 ( Ety ) Sejak dari zaman kolej , dia memang dah kena jaga makan sebab kerjaya dia memaksa dia kena "maintain" kan penampilannya. Kalau nurse  sendiri tak jaga kesihatan ,macamana dia nak uruskan pesakit? Itulah antara kata kata bekas pelajar diKolej Kejururawatan Malaysia tu. Maq cuma senyum.. Nasi tak nak? Tapi ety nak makan biskut/ roti bersama air manis? Lepas tu main pubg? Lepas tu tidur ? Masyaallah , salah tips ni. Biskut tidak digalakan makan ketika diet kerana kalori dia tinggi. Lagi lagi diambil bersama air manis ,contohnya air teh tarik ! Makan je nasi seperti biasa . Makan seawal 2-3jam sebelum tidur . Sukatan nasi hendaklah kurang sedikit kuantitinya berbanding sayu...